harakahdaily - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berceramah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, malam ini 1 Julai 2008.
Menurut Naib Presdien Keadilan, Azmin Ali, dalam ceramah tersebut, Anwar akan menjelaskan kedudukan dirinya dan situasi politik semasa.
Katanya lagi, semua pimpinan KeADILan Pusat akan hadir pada majlis tersebut dan beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak runsing mengenai keselamatan.
"Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih lagi menjadi Ketua Umum Parti KeADILan," kata Azmin yang ditemui di lobi Parlimen pagi ini.
Mengenai pilihan raya kecil yang melibatkan Awar, Azmin berkata ia masih belum diputuskan oleh parti tersebut berhubung bila ia akan diadakan.
Namun demikian katanya, beberapa orang ahli parlimen KeADILan telahpun bersedia memberikan laluan kepada Anwar.
2 comments:
Meronta-ronta hati ni nak pegi tp jauhlah..sesekali watla kt area KAJANG.To all Anwar Ibrahim fans+supporters,jgn berhenti berharap dan berdoa kepada ALLAH TAALA agar kebenaran akan terungkap.ALLAH sentiasa di sisi hamba2nya yang beriman..ameenn...
aku harap DSI bersumpah dgn nama ALLAH dgn menjunjung alquran di stadium mlm ni,ialah org melayu terutama yg tua2 tu baru senang nak percaya yg DSI tak bersalah melalui cara ini.InsyALLAH kami yg memegang islam sebagai addin memang tak percaya DSI peliwat apalagi dgn keperibadian isteri dan anak2nya,lebih2 lagi yg menuduh tu dah ada cakap2 yg budak tu memang tak berguna pada agama dan bangsa (kata lain..jahatlah tuuuuuuuuuuuu!)
Post a Comment