KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 1, 2008

Anwar keluar kedutaan, dakwa cubaan halang beliau bertanding pilihan raya kecil

Mstar - [...] Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dakwaan liwat terbaru bertujuan menghalang beliau daripada mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam satu pilihan raya kecil yang sepatutnya diumumkan minggu ini.

Kata Anwar, pengakuan itu juga bertujuan mengagalkan rancangan beliau untuk membuat satu pengumuman rasmi mengenai empat ahli Parlimen Barisan Nasional melompat Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, empat ahli Parlimen berkenaan termasuklah dua wakil rakyat daripada Umno.

Anwar sebelum ini pernah berkata 30 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Anwar selepas beliau keluar dari Kedutaan Turki petang tadi setelah mendapat jaminan atas keselamatannya .

Terdahulu, Anwar meninggalkan kediaman duta Turki di Jalan Ampang Hilir, tempat beliau berlindung sejak pagi semalam.

Anwar yang diiringi isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediaman duta itu kira-kira pukul 6.45 petang menaiki sebuah kenderaan MPV Mazda berwarna hitam.... selanjutnya.

berita sebelum
Anwar dilokasi rahsia, bincang bersama peguam
Polis teruskan siasatan di kondominium
PKR tuntut satu badan bebas siasat dakwaan Anwar
Shahrir dan Azalina nafi kenal Saiful Bahari

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive