harakahdaily - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru selesai memberikan sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan sejurus keluar dari IPK Shah Alam jam 3.30 petang tadi.
Pada ketika ini Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebelum itu, kira-kira jam 2.50 petang tadi, Anwar diringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam.
Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.
Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.
Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment