Radenjowo
Membebel membebel jugak, tapi hari hari kena isi minyak. Bukan harga dulu tapi harga baru. RM2.70 seliter. Tak isi minyak, kereta tak jalan. Perut kena alas, anak sekolah perlu belanja dan bill pun kena jelas. Ini benda penting kena pikir. Korang tak ingat ke?
Isu liwat dan pembunuhan Altantuya masih tidak selesai. Tiap hari hari orang cerita pasal benda yang sama. Najib serang Anwar dan Anwar serang Najib. Cerita ini semua ada kaitannya dengan Saifool si mangsa liwat dan Balasubaramanian yang sudah hilang. Menjadi senjata kepada dua kuasa menyerang antara satu sama lain.
Yang kini selamat adalah Pak lah. Tika ini Pak Lah cuba menjadi orang yang paling mulia dengan sikap lemah dan tidak campur tangan. Cuit dan komen sikit sekadar syarat kononnya, dia tahu apa yang berlaku. Tapi tak cuba selesaikan kerana cuti biar panjang, kerja biar kurang.
Himpunan 1 juta rakyat di Kelana Jaya yang di adakan baru baru ini sepatutnya memberikan tekanan kepada kerajaan Pak lah. Minyak naik adalah keputusan yang dibuat olehnya dan seharusnya dia bertanggung jawab di atas tindakan yang dia buat. Sayangnya, akibat campur tangan banyak kepala di dalam organisasi penganjur, masalah tak selesai, semakin kusut dan motif tidak terjelas, kini mereka pula yang kena serang. Semuanya gara gara terlalu banyak pengisian yang bukan bukan di dalam perkara pokok, membantah kenaikan harga minyak. Rakyat datang ramai ramai cuba bersama menjayakan, walaupun tidak bersetuju, tapi akhirnya sokongan membawa rebah. Dari awal dah diberitahu, tapi penganjur buat buat bodoh. Kini Media hentam bertubi tubi. Menteri pun masuk jarum mengkritik sama. Sekarang ... rumah tak siap, pahat berbunyi, upah tak bayar. Semua kecoh.
Akibat kelemahan kepala kepala di dalam organisasi perancangan tersebut, yang terpalit sama adalah parti parti politik yang membayangi perhimpunan. PAS dan KEADILAN turut di persalahkan. Protes dah jadi caca marba. Budaya Protes kita belum sampai ke tahap itu lagi dan banyak aturacara yang tidak perlu sengaja di selitkan oleh penganjur. Di dalam pening kepala soal wang, perhimpunan di penuhi dengan hiburan dan jual jualan. Dah tak der duit, nak beli apa? Kepala dah tak betul, masih nak berhibur?
Kesempatan sebegini memang di idam idamkan oleh Pak Lah dan menteri menteri BN. Setelah jenuh di belasah oleh bukan dan ahli UMNO, Pak lah kini menarik nafas lega kerana jauh dari isu isu panas yang berkaitan. Dia boleh pulang dan pergi kemana sahaja. Orang tak kacau, musuh tak ganggu. Yang terus menjadi mangsa adalah rakyat. Terus berdepan dengan kemelut kenaikan harga barangan dan beban bertambah sukar.
Apa yang hendak diselesaikan, kini di lanjut lanjutkan. Ada peluang, tapi tak digunakan dengan bijak. Bloggers mahu pun media, tidak mempunyai cara lain kecuali terbawa dengan isu terkini. Kalau hendak menarik pembaca kepada isu lain, orang tak minat nak baca. Akibatnya .... semua sudah seperti lalang, di hayun ke utara dan selatan tanpa ada arah tujuan.
Kita tak cuba untuk selesaikan masalah selain dari melanjutkan semua perkara menjadi semakin haru biru. Yang kecil di besarkan dan yang besar terus di tonjol tonjolkan. Kalau pandai mengambil kesempatan, ini lah masanya.
Rakyat seperti tak mahu tahu akan perkara lain kecuali perkara perkara yang berkaitan. Rasuah, pembaziran, salah guna kuasa dan masalah sosial tidak lagi menjadi topik menarik. Semua orang mahu tahu kenyataan terbaru Saiful, tindakan terkini Balasubramaniam, serangan Anwar dan tepis Najib.
Sehingga sekarang kita sendiri pun dah keliru. Kemana sebenarnya arah tujuan. Mahu dengar cerita tentang Saiful, Bala subramaniam, Anwar atau pun Najib? Sedangkan fokus utama kita sebenarnya tentang kehidupan. Yang penting, tukar kerajaan dan kurangkan harga minyak. Kalau minyak kembali murah, maka satu masalah kita sudah selesai. Kita banyak buang masa, banyak buat benda tak berfaedah.
Fokus aku masih satu .... Harga minyak mesti turun, pendapatan mesti naik. Kalau dah semua leka dengan isu semasa, bila agaknya masalah kita nak selesai? Tak ambil tahu tak boleh juga kerana semuanya berkaitan. Yang pasti ... Pak Lah sekarang ketawa besar kerana orang dah tak kacau. Kita ni ..... sebenarnya nak kemana? Aku sendiri dah bingung. Semuanya gara gara yang bodoh pun nak memimpin.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
1 comments:
wak... lawa kereta city kao tu hehehe
mana buang saga buruk, kasi eden lah boleh pi memancing udang :-)
Post a Comment