KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 10, 2008

MANA PEMANTAUAN OPERASI MENCURI PASIR DI BATANG BERJUNTAI?

atranungkite | Langkah kerajaan Selangor untuk memantau dan menguatkuasakan operasi pengambilan pasir secara haram adalah di alu-alukan. Tetapi sehingga kini ianya masih tiada apa-apa tindakan. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andainya apa yang akan saya paparkan disini akan menyinggung mana-mana pihak.

Masalah pengambilan pasir secara haram khususnya di kawasan Batang Berjuntai telah dari dulu lagi berlaku.Semasa kerajaan BN mentadbir Selangor ianya seolah-olah tiada tindakan diambil dan dibiarkan berleluasa sekian lama.

Bila PR mengambil alih pentadbiran negeri,rakyat di Batang Berjuntai khususnya mengharapkan perkara yang selama ini menghantui kehidupan mereka selama ini akan berakhir. Namun setelah melewati 100 hari pentadbiran kerajaan PR mentadbir, perkara sama tetap juga tidak berubah,malahan semakin menjadi-jadi.

Bagi sesiapa yang biasa ke Batang Berjuntai akan turut merasai fenomena yang sekian lama dilalui oleh penduduk setempat. Puluhan lori-lori mengangkut pasir bermaharajalela di jalanraya tanpa mengira tempat dan waktu. Jalanraya di Batang Berjuntai sentiasa dipenuhi dengan deretan lori-lori yang sarat membawa muatan pasir yang dipercayai dicuri di daerah ini.

Mana pemantauan pihak-pihak yang bertanggungjawab??? Apakah anda semua tidak menyedari perkara ini atau sengaja tidak ambil peduli atau juga telah di"tutup" dengan sesuatu???... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive