KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 10, 2008

Minyak mungkin naik lagi

Aku kejutkan kawan kawan hari ini dengan berita kenaikan harga minyak. Ramai yang tidak percaya dan ketawa kerana kenyataan telah dibuat oleh Menteri kewangan ke 2, beberapa hari lepas, bahawa tiada kenaikan harga minyak sehingga penghujung tahun 2008. Bila di perjelaskan ... masing masing tepuk dahi dan ada yang teriak "Mampus la .....!!!!".

Kenyataan dibuat merujuk kepada berita berikut .....

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010. - Malaysia kini.
Mengikut sejarah kenaikan harga minyak dinegara kita.
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Kenaikan mendadak dengan kadar yang tinggi berlaku sejak kepimpinan berpindah ke tangan Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dan sekiranya lanjutan pemerintahan beliau sehingga tahun 2010, kita akan berhadapan dengan 2 kali lagi kenaikan yang boleh mengejutkan rakyat dan memendekkan umur mereka yang sakit jantung.

Kalau 0.02 sen orang tak bising, naik RM0.30 pun rakyat tak marah dan tahun ini kenaikan RM0.78 hanya mampu mengejutkan beruk beruk di hutan. Korang kalau bijak, tolong teka .... berapa kah kenaikan minyak pada tahun 2009 dan 2010? Aku mula terbayang, kalau lah lanjutan itu menjadi realiti ..... maka barang apa lagi nak ku gadai?

Itu bayangan aku untuk tahun 2009 dan 2010. Selepas itu .... kita tak bicara soal minyak, tapi tentang keselamatan anak anak dara pula. Adoiiiii ...... penin, penin.

Kalau lah DR. HATTA baca artikel ni, gua nak tanya ... bila nak buat Protes harga minyak? Baju dah beli, tinggal turun padang lagi sekali. Dan pada DS Anwar, soalannya ... 16 September ni jadi ke?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive