Ahmad Said tu ada betul ada gelembongnya. Tapi kenyataan Proton yang tiada kualiti , memang ada logiknya. Bukan sikit orang yang kena, tapi ramai. Kalau nak dibandingkan dengan harga RM90k ke RM115 k sebuah, memang tak berbaloi.
Sebelum beli Proton Perdana, diorang ada cerita, kalau rosak boleh hantar ke kilang, untuk rawatan pakar di dalam tu. Tak payah gi pusat service, gi terus masuk kilang. Kalau teringin masuk kilang Proton, boleh rosakkan Proton Perdana dan masuk. Jumpa pakar pakar kat sana.
Ni cerita 8 tahun dulu, bila aku beli Proton Perdana. Tu jam .... v6 yang pertama keluar. Masa tu aku kaya. Canggih, balik kampung orang pandang. Tak sempat.... sehari lepas ambil keluar dari showroom ... battery kereta aku kong. Kipas aircond kereta aku pusing tak mahu henti henti. Enjin ON atau tidak .... kipas tetap pusing, sampai battery out. Kereta aku dah macam ada polong.
Aku yang tak tau pasal kereta ni pun gi la tukar battery. Waktu tu, bettery kereta lebih kurang RM100 lebih. Lepas tukar, balik dan cerita kat bini, semua masalah settle. Tu jam tak perasan kipas tak henti pusing sbb tak dengar dek telinga aku ni. Bini aku pun kata, terror laki aku ni, pandai dan tau pasal kereta. Aku sengih sampai telinga.
Esok pagi nak gi kerja... dah pakai smart smart nak gi kerja. Teli leher sampai bawah pusat, start enjin kereta, battery kong lagi. Jiran terjengok jengok sambil senyum " oiii bang, pagi lagi di kerja", katanya. Aku nak baling kasut kat muka dia. "Baik kau masuk, sebelum aku baling kasut aku". Darah dah naik ke ubun ubun. Sakit hati ada , malu pun ada. Telinga dah merah, hidung dah kembang kempis. Aku pun talipon Proton mintak diorang tolong tengok. Aku bawa v6 baru aku tu ke Proton untuk jumpa Pakar pakar [kononnya].
Masuk ke kilang, kereta aku masuk ke ICU. Di kelilingi oleh doktor doktor pakar Proton pakai baju macam macam colour. Hijau, Biru, Kuning, Putih dan macam macam lagi. Dari PC, Production, QC dan macam macam lagi. Aku pun dah ingat. Diorang bukak sana dan bukak sini. Aku naik pening, lepak kat tepi tengok diorang buat kerja. Macam terror ... Kalau manusia, dah sah kena masuk bilik bedah, kena korek dan inject.
Diorang potong wire kemudian sambung. Dah siap, suruh aku balik dan test. Sampai rumah .... aku rasa lega. Kepala hilang pening, hati rasa tenang .... Esok bangun, battery kong lagi. Woiiiiii !!!!
Muka bengang, merah padam. Hidung aku kembang kempis lagi. "Hai cantik kasut", jiran aku tegur lagi. Aku nak cabut kasut diorang terus masuk rumah sambil ketawa berdekah dekah. Aku maintain muka, "Kau keluar lagi, aku baling ngan pasu bunga."
Aku malas nak cerita lagi. Esok pagi dengan jiran aku yang kurang asam tu, pegi kedai accessory, suruh buat adjustment potong wayar dan sambung terus ke battery .... selepas tu, kipas tak jadi masalah lagi. Upahnya 6 hinggit jer.
Selepas tu, aku pakai kereta tu untuk 3 tahun dengan macam macam hal. Bila dah boring aku jual keta tu kat kawan. Bila kawan pakai, esoknya kena gantung gearbox. Kawan aku kutuk aku bagai nak RAK. Jiran aku ketawa lagi ..... nasib baik pasu tak hinggap ke muka dia.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
1 comments:
mmg benar...
i used to own a proton perdana and waja...
akibat terlalu banyak sangat problem...dan menyebabkan aku terseksa financially...aku jual dua2 kereta tu kat adik2 aku.now i am a proud owner of a mercedez compressor and a toyota harrier...(dah 2tahun pakai...mmg boleh dikatakan virtually no problem at all...selain daripada the normal stuffs...engine maintenance and tyres change).mahal tu mmg mahal harganya...tapi mmg berbaloi kualitinya dibanding kereta2 proton aku yang lama tu
Post a Comment