Soal lain dua tak sebut .... tapi tiba tiba soal yang melibatkan kepentingan UMNO dan BN ... dia mencelah
Mstar |
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada sidang media sebentar tadi berkata, beliau sangsi dengan kredibiliti Ramlang yang mengeluarkan fatwa atau bercakap mengenai sesuatu tanpa merujuk kepada kitab.
Beliau menjelaskan, sumpah dibuat Saiful adalah sah di sisi Islam.
Sidang media itu bertujuan memperjelaskan tindakan Ramlang muncul dan memberi kenyataan di umum di sini malam tadi.
Anwar ketika bercakap pada sidang akhbar di Yayasan Aman - Pusat Operasi Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini tengah hari tadi berkata:
"Pengakuan ini merupakan satu lagi bukti bahawa wujudnya kempen politik kotor (dalam pilihan raya kecil ini). Dia (Ramlang) membantu memberi penerangan bahawa ada konspirasi jahat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
"Sebab itu beliau betul-betul kelam-kabut (ketika pilihan raya kecil)."... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
2 comments:
Kini Mufti Wilayah pula dipergunakan bagi menyangkal pengakuan Imam Ramlang Porigi.
Ramlang cuma menerangkan dan membuat pengakuan sebenar demi untuk tidak terlibat dalam konspirasi ciptaan UMNO, tetapi Mufti Wilayah ikut campur mempertikaikan apa yang di'SAKSI'kan sendiri oleh Imam Ramlang.
Akhir zaman ini telah disebut oleh Baginda Rasulullah antara tanda² menjelang hari kiamat:
1) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
2) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
3) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad
Wallahualam.
Lantak koranglah. Sorang kata sumpah sah, sorang kata sumpah tak sah. Macam ni sampai kiamatpun tak kan habih. Yang tergelak, tu.. tu.... orang-orang bukan Islam tengok gelagat orang-orang Islam pasal hukum hakam agama sendiripun tak pasti. Bercerekau tak habih-habih!
Tapi yang sah dan pasti, besok 26 Ogos rakyat Permatang Pauh keluarlah beramai-ramai tunaikan tanggung jawab anda untuk mengundi.
Ingat undi anda semua akan menentukan hala tuju negara di masa akan datang - adakah kita akan terus diperbodohkan oleh UMNO lagi 50 tahun atau kita tekad bertukar untuk kerajaan yang insyaalah lebih bersih, telus dan harmoni. Bukannya macam UMNO, semua bagi kroni ...
Justeru, undilah Dato' Seri Anwar Ibrahim !!!!!
Undilah PKR !!!
Post a Comment