kerajaanrakyat |
Antara tahun 1978 hingga 1982, Pak Abu berkerja untuk anak muda bernama Arif Shah bin Omar Shah.
Abu bin Kassim sekarang ini tinggal di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kampong Baru, Kuala Lumpur.
Pak Abu sudah berusia 76 tahun sekarang tetapi masih sihat. Segala peristiwa yang beliau lalui semasa berkerja dengan syarikat Home Industries Sdn Bhd milik tiga beradik, Amin Shah, Faridah dan Arif Shah masih segar dalam ingatannya.
Pak Abu dikenalkan kepada saya lima hari lalu oleh seorang sahabat yang juga tinggal di Kampong Baru.
Pak Abu memulakan ceritanya dengan ayat “Arif Shah tu penipu besar”
Menurut Pak Abu, Arif Shah telah mempengaruhi 37 orang pemilik tanah di Kampong Baru dengan janjinya untuk membangunkan rumah pangsa 4 tingkat, 4 pintu (16 unit) setiap blok di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang dimiliki oleh setiap 37 orang pemilik tanah tersebut. Ini bermakna sebanyak 37 blok rumah pangsa akan didirikan di Kampong Baru.
Untuk tujuan ‘pembangunan’ itu setiap pemilik tanah mesti menyerah kuasa kepada Home Industries Sdn Bhd untuk tujuan gadaian bagi mendapatkan modal pembinaan.
Maka dek kepandaian dan kebijaksanaan keturunan ‘Shah’ ini, tergadailah 37 lot tanah orang Melayu di Kampong Baru itu.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment