heh bukan main mencelah lagi najib bila mufti wilayah persekutuan bersetuju dengan kaedah sumpah si Saiful.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sumpah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut Islam.Sibuk soal sumpah orang lain, bagaimana dengan sumpah tak kenal altantuya? Siapa saksinya dan cukupkah syaratnya?
Katanya, perkara ini telah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur petang tadi, Wan Zahidi berkata. beliau sangsi dengan kredibiliti Ramlang yang mengeluarkan fatwa atau bercakap mengenai sesuatu tanpa merujuk kepada kitab.
Menurut beliau, mana-mana individu yang ingin mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum dalam Islam perlu mendalami ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab Feqah bagi memperkukuhkan hujah mengenai sesuatu perkara.
Najib juga berkata, tindak tanduk Anwar untuk tidak bersumpah menimbulkan keraguan kepada pengundi.... selanjutnya.
Kalau cukup sekadar sumpah untuk elakkan diri ke mahkamah, semua orang akan akan bersumpah lepas rogol dan bunuh orang. Nak selamat diri di dunia, akhirat nanti lain cerita.
0 comments:
Post a Comment