KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 25, 2008

Ramlang Porigi menjelaskan ....


Ramlang bimbang akan salah sangka terhadap dirinya oleh masyarakat Malaysia, lalu langkah memberi penerangan di buat di pentas PKR di Permatang Pauh.... selanjutnya di WRLR.

dan ini lapuran dari amircesc4

Malam ni Ramlang Porigi akan berada atas pentas ceramah PKR.maklumat awal mengatakan bahawa Ramlang mengakui bahawa cara sumpah Say Fool tidak betul menurut Islam & dari apa yang aku dapat, Ramlang mengaku bahawa dia diarah untuk hadir semasa Say Fool bersumpah.

Sebelum ni aku pernah suruh somebody call Ustaz ni untuk tanya apa yang berlaku, & kalau ikut penjelasan dia dalam perbualan talifon dengan geng aku tu, kenyataan dia masa perbualan tu dengan apa maklumat aku dapat hari ni tak bercanggah…

Hasil perbualan geng aku Ustaz tu maklumkan bahawa dia diarah untuk hadir semasa majlis sumpah lakhnat Say Fool sebab masa tu cuma dia sorang je yang ada kat masjid tu & pada hari kejadian berlaku, Ramlang bertugas sebagai jurunikah di Masjid tersebut.

Aku cerita detail sikit bagi korang tau & lepas ni kita tengok kenyataan dia dalam telifon tu sama tak dengan apa yang bakal dia dedahkan malam ni.

Pada 15hb, ogos untuk pengetahuan korang sebenarnya Say Fool bercadang untuk bersumpah di Masjid Negara/Negeri(aku tak ingat) tapi mendapat bantahan dari Imam & AJK masjid tersebut menyebabkan majlis terpaksa dialihkan ke Masjid Wilayah.

Sampai ke Masjid Wilayah, Imam & AJK Masjid Wilayah pun membantah jugak untuk adakan majlis bersumpah di Masjid tu dengan disaksikan oleh mereka…
dan ....

Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.

Dimajlis tersebut, Saiful telah bersumpah bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau tetapi telah tersilap semasa menyebut tarikh dimana Saiful telah menyebut 26.8.08, bukan 26.06.08. Ramlang juga berkataa bahawa sumpah tersebut tidak boleh dipanggil sumpah mubahalah kerana hanya satu pihak yang hadir. Didalam sumpah mubahalah, kedua-dua pihak wajib hadir dan sumpah mubahalah hanya perlu dilakukan selepas mahkamah tidak dapat memperolehi bukti dalam sesuatu kes.

Apa yang dilakukan oleh Saiful ialah sumpah laknat. Beliau juga mengatakan bahawa Saiful tidak menunjukkan wajah kesal atau bersalah semasa bersumpah, malah tidak menunjukkan rasa takut sama sekali.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau mendaftar sebagai ahli Umno kerana hendak menolong kawan, tetapi tidak dijelaskan apakah pertolongan itu. Beliau menjadi ahli Umno pada tahun 2003, sebelum berhijrah keKuala Lumpur pada tahun 2004.Beliau juga menjelaskan tiada memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau juga tidak merasa kesal diatas pendedahan ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam Umno.

Ketika ditanya apakah sumpah Saiful ini satu konspirasi, Ramlang tidak menolak kemungkinan kerana ianya dilakukan sehari sebelum penamaan calon diPermatang Pauh. - seterusnya di amirces4

Radenjowo - Pada pendapat aku .. Ramlang ni tidak lebih dari insan biasa yang mencari nafkah harian dan tidak gemar politik dan di politikkan. Dirinya terjebak di antara tugas dan tanggungjawab. Di arah oleh ..... siapa mangkok tu aku tak tau.

Dan kerana sedikit terbabit, maka ada pihak yang tidak berpuas hati. Persoalan timbul berserta sumpah seranah. Di tuduh bersubahat tapi tidak. Akibatnya ... keluarga dan diri di salah sangka. Beliau tidak memihak memihak kepada PKR atau UMNO tapi untuk membuat penjelasan.

Maka nasihat dari wak.... UMNO ....hentikan lah penggunaan kakitangan kerajaan yang tidak mahu terbabit. Sehingga memaksa Ramlang ini di usung kesana dan kemari oleh PR untuk buat penjelasan.

Kalau ada yang kata sumpah Saiful tiada unsur politik .... aku kata itu alasan bodoh. Semua orang kata ia ada kaitan dengan politik. Kita bukan lagi budak bodoh yang disuruh makan, kita makan dan disuruh mandi, kita mandi. Kita tahu membezakan antara betul dan salah. Cuma kekadang ... duit depan mata menjadikan salah itu betul dan dosa itu pahala.

Hey mangkok UMNO .... hentikanlah semua salah guna kuasa. Berapa ramai anggota polis, BPR, SPR dan kakitangan agensi kerajaan yang terpaksa sekang mata kerana arahan merapu korang semua? Tugas sebenar entah kemana, asyik nak layan karenah politik korang.

1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...
kebenaran sudah terbukti

Posting terkini

Blog Archive