MStar | Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar pembangkang bagi membincangkan keputusan kerajaan mengharamkan kumpulan Hindraf minggu lalu.
Usul itu dibawa oleh Ahli Parlimen DAP dari kawasan Ipoh Barat, M. Kulasegaran.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari Rabu mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Pada 15 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan Hindraf dalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Pengisytiharan itu diwartakan setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.
Menurut Syed Hamid, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
2 comments:
suruh hindraf jadi warga India...atau sri lanka... apa nak cakap banyak
sengal lah.. x yah lah hindraf2 ni malaysia negara islam bukan kafir quraisy.. aku bantah adanya hindraf memang x patut..
Post a Comment