bernama | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.
Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.
Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment