msomelayu | SUASANA Parlimen hari ini tidak sesesak semasa Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009, 29 Ogos lalu. Keadaan dan pemerhatian sidang parlimen hari ini biasa saja, walaupun umum sudah tahu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan membentangkan perbahasan Bajet berkenaan. Seolah pembentangan perbahasan oleh bekas Menteri Kewangan itu tidak penting.
Suasana Parlimen lenggang dan banyak ruang yang boleh dimuat. Kawalan juga biasa saja tidak ada kawalan tambahan. Namun apa yang berlaku di dalam Dewan ternyata lebih menarik dan panas ketika Abdullah Ahmad Badawi membentang Bajet tempoh hari.
Ternyata Anwar dapat melakukan kejutan, menghidupkan Parlimen menjadi panas dan membuat ahli Parlimen BN ternganga mendengar hujah-hujah yang disampaikan kadang-kadang serius dan kadang penuh jenaka dan simpatis.
Apa yang menariknya, beliau telah meminta Menteri Kewangan membentang Bajet baru kerana Bajet yang dibentang sebelum ini sudah tidak relevan lagi atau lapok ekoran perkembangan ekonomi semasa. Unjuran pendapat dan perbelanjaan, angka-angka yang dibentangkan dalam Bajet tempoh hari sudah tidak boleh dipakai.
Alasannya, kata beliau unjuran dibuat menerusi Bajet itu dulu berdasarkan harga minyak semasa yang jauh lebih mahal berbanding sekarang ini. Ketika Bajet itu dibuat harga minyak melebihi UD125, kini harga minyak UD75. Kedudukan harga minyak menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan negara.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
21 minutes ago
0 comments:
Post a Comment