MStar | Tatkala rata-rata penggiat seni tanah air mempersoalkan gelaran Datuk yang diberikan kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez pula berkata, penganugerahan tersebut tidak perlu dipertikaikan.
Freddie yang dihubungi mStar Online petang tadi menyifatkan kerajaan negeri berhak memutuskan sesiapa saja yang layak diberikan sebarang penganugerahan atau pingat kebesaran tidak kira sama ada melibatkan individu tempatan atau antarabangsa.
"Itu adalah hak Sultan atau Ketua-Ketua Menteri untuk menganugerahkan gelaran Datukkepada sesiapa yang mereka rasa layak.
"Apa hak kita untuk pertikaikan keputusan mereka?
"Mungkin bagi kerajaan Melaka, Shah Rukh Khan telah berjaya mempromosikan negeri itu di peringkat antarabangsa menerusi filemnya. Mungkin kita merasakan ia tidak munasabah, tetapi kita sebagai rakyat tidak mengetahui sejauh mana Shah Rukh Khan telah membantu negeri itu dari segi pelancongan.
"Sebab itu saya merasakan kita tidak layak untuk mempertikaikan tentang perkara itu dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak pun," ujar Freddie.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
38 minutes ago
3 comments:
"Freddie Fernandez pula berkata, penganugerahan tersebut tidak perlu dipertikaikan".
Hai... tiba tiba sahja Mamat Fidie ni melenting dan begitu mempertahankan pengaugerahan Datuk pada suku sakat nya, Shah Rukh Khan ,kenapa ye!!!!
Orang Melaka yg.prihatin,cuma sekadar meluahkan rasa takut,kalau sejarah lama kemabali berulang.
Dah banyak tanah di Melaka tergadai, ada yang jadi Lubuk Cina,dan ada yg.jadi Tanjung Keling.
Itu semuer terjadi ketika Melaka ada Sultan.
Sekarang Melaka di tadbir ole Puak Puak Ketam,dan Ali Baba dgn 40 tempayan, lagi lah mereka bimbang.
Cuba lah uncle fidie kaji sejarah.,
jgn cakap sedap mulut saja.
hak hak hak...
nie mangkuk hayun nak mulo membodek...
kalo ado unutn dapek la datuk juo..
ai macam2 org dalam dunio nie...
yang sedio jadi mangkuk hayun ghamai bona la...
Memang la yang merasakan dia ada hak rasa dia berhak..Satu filem dapat Datuk. Dua filem dapat Tan Sri. Ini kes kera di hutan disusukan....Beri la kepada yang layak..Kalau dah suka sangat SRK tu lantik je dia jadi duta TDC..
Saya pun layak juga...
razzi-media.blogspot.com
Post a Comment