MStar | Polis dijangka akan menyoal siasat beberapa pemimpin dan pengikut kumpulan Hindraf hari ini berhubung kekecohan semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri dan anggota Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober lalu.
Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi mengesahkan empat pemimpin dan pengikut kumpulan itu telah diminta untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Saya bersama mereka akan berada di Dang Wangi untuk memberikan keterangan dan kami akan memberikan kerjasama kepada polis," katanya kepada mStar Online.
Menurut Thanenthiran, pihak polis telah meminta mereka hadir untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.
Rombongan Hindraf didakwa menimbulkan kekecohan dengan memotong barisan orang ramai untuk menyerahkan patung beruang dan kad Hari Raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang menjalani tahanan.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
34 minutes ago
0 comments:
Post a Comment