Sementara tunggu waktu mesyuarat ... lepak kat kedai kopi. Orang dah kecoh pasal Kongress rupanya ..
Dengar cerita sebelah meja. Ada mata pandang, ada telinga dengar ...
"Mail !!! .... nak gi mana? Nko nampak aku .. mesti nak lari. Sial betul ...", kata Zali.Kah kah ... pasang telinga pun ok.
"Gi pejabat jap. Nko tau tak? Bukan aku sorang yang lari .. orang lain pun lari kalau tengok kau. Wakakaka."
"Elehhh ... lepak jap ngan aku. Layan teh sikit", kata Zali.
"Ada keje ni ... "
"Jap je. Alahai takut bini ke ...? heheheh", kutuk Zali sambil sengeh sengeh kerang busuk.
"Ok ok .... satu cawan je. ", jawab Mail.
"Aneiiiii .... kopi jantan satu !!!", Zali mencelah melaung ke arah mamak kedai.
"OK .... satu cawan je ... wakakaka", jawab Mail lagi.
"Amacam Kongres PKR tahun ni? Aku dengar panas sikit. eheheh. Tu yang aku nak gi tu." Zali
"Phuyooo !!! ... panas camana tu?", tanya Mail.
"Gi sekali nak ke?", tanya Zali.
"Tak janji beb. Aku pun kawan bawak. Cuba menyelit ikut member je. Nko tak masuk ke?", kata Mail.
Sambung Mail ...,"Datang je... kat luar ada speaker. Dalam tandas pun boleh dengar. Hehe ... pemerhati. Ramai perwakilan datang ... tapi nko aku minta satu tempat khas ... kat parking kereta. Wakakakak", kata Mail sambil ketawa.
"Hello bang. Jangan la kat parking bang .... Kalau ada tempat aku cilok kan satu", rayu Zali.
"Melukut di tepi gantang la kau.", kutuk Mail.
Tanya Zali, "Camana dengan ucapan dasar Ketua AMK?"
"Hah ... kali ni lain sikit. Panas beb", jawab Mail.
"Ye ke? Citer sikit.", tanya Zali.
"Kali ni banyak isu di bongkar. Diorang sedang cuba buat 'live'. Kat TV tok le la... tapi kat internet. Diorang tengah rancang kasi gempak.", sambung Mail lagi.
"Heh ... ada permit ke dak? Wakakakkaka. Kang satu stadium masuk balai ... bukan nko tak tau polis kita ni. Wakakak", gurau Zali sambil ketawa berdekah dekah.
"Berani ka ... keroyok macam Thailand kang, Hehehe .. ", jawab Mail.
"Tak der. betul ni ... tak caya nko tunggu." sambung Mail
Ok ... apa lagi?"
"Ok ... Ketua AMK akan bongkar cerita tentang politik perkauman parti politik, usaha musuh bodohkan bangsa melayu, usaha khianat pemimpin melayu, rasuah penyebab melayu merempat, penyelewengan berbillion ringgit dan siap merujuk pada carta perlaburan dan pendapatan. Hah ... mesti ada yang kena.", jelas Mail.
"Takkan belasah orang lain je? Camana dengan isu dalaman?", tanya Zali.
"Hah ... Aku dengar citer Ketua AMK akan belasah pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. ". jawab Mail.
"Berani ke dia? Panas telinga tu. ", tanya Zali lagi.
"Mahu tau kalu kena dengar .. aku nak rekomen lebih pun tak guna. Bukan dapat elaun. heheheh ..
Yang aku tau .. PKR bukan UMNO. UMNO dok julang pemimpin macam nak rak. Kat luar belasah boss. Bila ada bukti..muka sardin je. Heheheh ... ", kata Mail sambil ketawa kecil.
"Cari makan cara UMNO tu ... bodek the king. Bodeking. Juara bodek. Ampu .. hehehe", sambung Zali.
"Camana dengan kerajaan negeri? ", Zali bertanya lagi.
"Tak tau .. tapi kalau apa yang diorang cerita .. mana negeri yang lembab tu pun nak kena kick sikit. Ada menteri yang bodoh tak tau buat keje, nak kena kejut. "
"Yang bodoh tu bukan patut di kejut .. .patutnya di buang. Ganti lain.", kata Zali garang.
"Hah .. nko tunggu la nanti. Hehehehe ... ", kata Mail.
"Siapa yang dia nak belasah?", tanya Zali.
Jelas Mail, "Aku tak tau .. tapi aku kena dengar sendiri. Kalau aku buat buat citer, susah lak.
Nko kata aku buat fitnah macam orang UMNO. "
"Cewaaahhhhh .... ", Zali mengejek..
Tiba tiba
"Kenangan ku bersama mu ...
Sewaktu engkau disampingku..." bunyi talipon lagu Jefri Din milik Zali.
"Alamak ... !!!", sambut Zali.
"Talipon kau tu !!! Hahah .. lagu 60an .... Wakakak", kutuk Mail.
"Bini aku la ......", terkejut Zali.
"Helllo yang ... ok yang, abang balik sekarang. OK OK ...babai yang", bercakap dengan istgri di talipon.
"Mail .. aku balik dulu bini aku suruh beli gula tadi .. lupak lak. ADuiiii . Kena lagi ni kang.", Zali kelamkabut meninggalkan meja minum.
"Wakakakak .... tu la. Tadi cam hero .. .wakakakak. Bila bini talipon .. berubah cam KETUTU. Bodoh je.", kata Mail.
"OK aku chow dulu .. !!!", jerit zali
Hoiii sapa nak bayar ni? Adoiiii kena lagi. ", jerit Mail.
"Nko bayar dulu. Nko pesan kat Ketua AMK, nanti claim kat aku. ..", jerit zali dan terus hilang.
0 comments:
Post a Comment