KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 27, 2008

UMNO gagal serang PR di Selangor

Marhaen
Isu arak, judi dan kandang babi mula diberi perhatian oleh UMNO terutamanya selepas mereka gagal berdepan dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di dalam isu-isu lain yang lebih besar. Mengapa isu ini dimainkan? Ini adalah kerana untuk mendapatkan perhatian orang-orang Melayu yang berugama Islam kononnya UMNO amat `benci' kepada arak, judi dan babi serta untuk menggambarkan bahawa UMNO itu lebih Islamik. Seperti juga mereka memainkan isu ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu, adalah semata-mata untuk menunjukkan tanpa adanya UMNO di muka bumi ini, maka hilanglah Melayu. Samalah juga kita beranggapan, tiadanya UMNO maka tiadalah Akta ISA.

Di Selangor isu kandang babi adalah isu pertama mereka selepas Selangor diambil alih oleh PR. Seolah-olah babi mula beranak dan membiak sejurus sahaja PR mengambil alih Kerajaan Selangor. Atas kebijaksanaan MB Selangor dan kepimpinan PR di Selangor, isu ini menjadi bahan jenaka rakyat di Selangor. UMNO sebenarnya cuba untuk mencari isu lain seperti rasuah, penyelewengan atau ketidaktelusan Kerajaan Selangor, tetapi mereka gagal kerana Kerajaan Selangor di bawah PR jauh berbeza dengan corak pemerintahan mereka dahulu. Kewibawaan MB Selangor yang tegas membasmi rasuah dan salah laku tanpa mengira siapa hatta pegawai di pejabatnya sendiri, menjadikan UMNO `mati kutu' dan hilang modal di Selangor.

Terbaru timbul pula isu arak di Selangor. Media arus perdana mengambil kesempatan di atas isu ini kerana mereka melihat isu ini menjadi perdebatan di kalangan pimpinan parti di dalam PR sendiri. Media menggambarkan PAS seolah-olah tidak mahu arak dijual berleluasa di Selangor, manakala DAP dan PKR hanya mahu agar penjualan arak di Selangor dikawal sahaja. Media turut menggambarkan bahawa PAS punyai strategi tersendiri untuk menyekat penjualan arak di Selangor. Ada kesannya juga propaganda media ini, di mana terdapat beberapa pihak di dalam PR tidak senang dengan cara PAS sedemikian. Tetapi, apabila MB Selangor sendiri membuat kenyataan selepas Mesyuarat Exco yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari semua parti Pakatan Rakyat di Selangor, maka propaganda media ini terhenti setakat itu. Kebijaksanaan MB Selangor bertindak pantas `membunuh' serangan media yang membawa virus yang lebih bahaya dari `Virus JE' ini harus dipuji. ... more.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive