KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 25, 2008

Pewaris pejuang .. wakakaka [poooottt]

Image

Pewaris berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Air. Uwekkkkkkk !!!
Korang ada masa 5 minit untuk muntah dan kentut sepuas puasnya.

Pulau Batu Putih, Projek Wilayah Iskandar ... dah gadai dah. Wakakaka
Bila Mahathir kata semua bangsa boleh jadi PM....Pewaris jadi bodoh macam tikus mondok.

Pewaris Sila Jawab soalan ni

Siapa yang memasuhkan kuota 30% untuk anak Melayu di Universiti ???.
Secara tidak lansung, keujudan IPTS yang bercambah, telah melenyapkan
Kuota ini. Jurang perbezaan tahap pendidikan antara Anak Melayu
dengan Bukan Melayu semakin jauh. Anak-anak bukan Melayu yang rata-
rata mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih kukuh, mampu belajar di
IPTS yang tumbuh bagai cendawan. Sedang Anak Melayu hanya bergantung
kepada IPTA yang terhad tempatnya. Itu pun masih ramai anak Melayu
yang tak mampu. Kini jumlah pelajar anak Melayu dalam IPT tak sampai
5%.

Siapa yang telah meyekat anak Melayu daripada mendapat pendidikan
Tinggi dengan mengenakan" syarat wajib lulus bahasa Inggeris" Untuk
layak ke IPT ??? Syarat lulus ini telah menjejaskan peluang anak
melayu daripada luar bandar. Sekolah-sekolah Di luar bandar rata-rata
mempunyai kekurangan guru Bahasa Inggeris. Dan tidak pula di atasi
oleh Kerajaan. Siapa yang menggubal Akta Pendidikan 1995 dan
memansuhkan biasiswa untuk anak Melayu? Siapa yang menyekat royalti
Petronas yang boleh digunakan untuk membangunkan Terengganu (secara
lebih jujur dan amanah daripada kerajaan Wan Mokhtar yang banyak
merompak sebahagian besar RM7 billion royalti dari 1978 hingga Mac
2000) yang 95% penduduk ialah Melayu?

Siapakah yang telah mengharamkan tulisan Jawi kalau bukan Khir Johari
dan UMNO? Sehingga kita ini sudah tidak fasih tulisan Jawi. Syukur
kehadrat Illahi kerena berkat perjuangan PAS dan NGO Islam lain,
akhirnya tulisan Jawi yang merupakan identiti dan jatidiri Melayu
dapat diujudkan dan digunakan secara lebih luas. Siapakah yang
berkali-kali mengatakan bahasa Melayu tidak universal dan masyarakat
perlu kembali mengagungkan bahasa Inggeris? Bukankah Mahathir?

Siapa yang mengetatkan syarat bagi mubaligh atau penceramah Islam
untuk menyampaikan seruan ALLAH. Tazkirah, kuliah, ceramah seperti
menjadi taboo dan jinx kepada UMNO kerana bagi mereka jika rakyat
lebih faham Islam, rakyat akan menolak UMNO. Ini telah mengakibatkan
usaha untuk meyebar Islam secara total terbantut. Untuk menjaga ISLAM
tidak cukup dengan hanya amalan Fardu Ain. ISLAM hendaklah di amal
dalam setiap bidang, ekonomi, perundangan, politik dan sosial. Tapi
mubaligh kristian dapat bergerak dengan bebas tanpa sebarang sekatan.
Hasilnya ramai orang ISLAM telah murtad.

Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas Hak
Istimewa Raja-Raja Melayu masih segar dalam ingatan rakyat. Masih
terdengar di telinga rakyat, bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya
memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Masih terbayang kepada kita,
bagaimana Mahathir menelanjangkan Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO
sanggup membuang Sultan Kelantan dan menabalkan Tengku Ibrahim
sebagai Sultan Kelantan. Kini bila kerajaan Kelantan ingin
memperbaiki perlembagaan negeri, sebok pula UMNO dan penyokong buta
hati mereka menghentam PAS dan mempertahankan pula Sultan Kelantan!

rujuk SINI

Atau Pewaris ni baru semalam di tubuhkan?
Ok ... semua sambung muntah ....wakakakaka

2 comments:

Anonymous said...

Siapa yg memperkenalkan PPSMI hingga ramai anak Melayu lingkup dlm UPSR baru-baru ini?Mahathir,jasamu akan ku kenang kerana kamulah p****** bangsa.

Anonymous said...

Satu lagi persatuan munkee dan cubaan mereka memperbodohkan Melayu....

Posting terkini

Blog Archive