KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 23, 2008

SYED HAMID ALBAR SUGGEST BLOGGERS TO FORMULATE THEIR OWN CODE OF ETHICS

kamaltalks | .... Bloggers are very ethical and responsible in their postings and have given the readers the truth while most affected persons have tried their level best to curb by detaining these bloggers by using the police force under the Internal Security Act (ISA) in the name of national security or through the Sedition Act by claiming the article has been seditious in nature. These irresponsible officials fail to realise that the TRUTH REALLY HURTS.

Datuk Seri Syed Hamid Albar or his comrades must take responsibility of their actions and since they are responsible to the Malaysians for their wrongful acts would have to tender their resignation and face appropriate action.

Will Datuk Seri Syed Hamid Albar and his comrades undertake this before preaching others what to do.... more.
Sedang tunggu kawan kat kedai, suara dari belakang ...
"Encik nak beli ubat rambut tebal", kata suara dari belakang.
Aku berpaling terus memandang di tapak tangan... kelihatan sebekas minyak berlabelkan lelaki tampan berambut ikal mayang ... bila dongak melihat ke atas ... Alamak botak !!!

Kalau korang ... nak beli ke tak?
Aku jawab .." Tak per la dek."
Dalam hati, "Hamid albar jual minyak rambut tebal .... tak payah la."
Sama la jugak dengan orang gemuk, jual ubat kuruskan badan ... hish korang ni ngada ngada betul la.

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno/BN

harakah | ...Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya. ... more.
Siapkan lawyer .... saman media BN@UMNO sampai rentung.
Seminggu satu saman, lama lama kita gadai Utusan dan mangkuk yang lainnya.
Apa kata botak arab ....Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet
Wakakaka .. blog je. media tak payah .. mangkuk tingkat !!!

Kenapa Ahli Majlis Khoo letak jawatan

marhaendaily

PERLETAKAN JAWATAN KHOO CHIN MIN
SEBAGAI AHLI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Setelah Pilihanraya umum ke 12, kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor dan 4 lagi kerajaan negeri telah bertukar tampuk pemerintahannya daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Negeri Selangor dipimpin oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan PKR Selangor.

  • Harapan rakyat adalah tinggi agar satu perubahan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran berlaku demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Selangor.
  • Malangnya, tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan.
  • Walaupun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan di peringkat kerajaan negeri, ia tidak berlaku diperingkat Kerajaan tempatan sebagai satu organ pemerintahan sesebuah negeri dalam sistem yang sedia ada.
  • Di peringkat Kerjaan Tempatan atau Majlis Daerah, adalah amat pelik bahawa Ahli Majlis tidak langsung mempunyai kuasa menentukan halatuju sesebuah PBT sebaliknya berpusat kepada Yang DiPertua Majlis Daerah (YDP)
  • Keadaan ini menjadikan Ahli-ahli Majlis "Rubber Stamp, ceremonial" dan tidak lebih sebagai pelengkap kepada PBT.
  • Ahli Majlis secara umumnya merupakan wakil kepada kerajaan negeri di peringkat PBT untuk mempastikan dasar-dasar kerajaan negeri laksanakan.
  • Ahli Majlis kehilangan maruah kerana dasar kerajaan negeri tidak diikuti oleh Yang Di Pertua yang masih terikut-ikut budaya lama yang Rasuah, Kronisma dan Nepotisma.
  • Yang Di Pertua MDKS sering mengadakan mesyuarat tanpa mengikut agenda. Ahli-ahli Majlis tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit.
  • Dalam mesyuarat penuh pada 30 Oktober 2008, YDP MDKS tidak mengikut susulan membincangkan pembentangan Anggaran Belanjawan 2008/2009, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan lain-lain hal berbangkit. Beliau terus sahaja membuat ucapan penangguhan.
  • Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan bajet 2008/2009 MDKS? Apakah Ahli Majlis tidak berhak membincangkan perkara yang amat penting bagi pembayar cukai Daerah Kuala Selangor?
  • Aduan dan masalah rakyat yang dibuat oleh ahli majlis tidak dihiraukan oleh MDKS sebaliknya apabila aduan dibuat oleh pihak Barisan Nasional begitu segera diberi perhatian dengan menurunkan pasukan besar. Ini berlaku dalam kes Pasar Awam di Pasir Penambang. Mengapa ada double standard? Atau YDP MDKS bermain politik?
  • Banyak lagi aduan-aduan yang tidak dilayan dan tidak diambil tindakan di kawasan lain seperti Puncak Alam, Sungai Buluh, Pasar Awam Taman-taman Perumahan di Daerah Kuala Selangor.
  • Di MDKS terbukti penyalahgunaan kuasa oleh YDP MDKS begitu berleluasa dalam pengagihan kerja-kerja hanya tertumpu kepada sekumpulan orang tertentu tertentu tanpa mengikut prosedur yang telus. Terdapat beberapa orang yang mengusai terlalu banyak projek-projek MDKS.
  • Perbelanjaan yang tidak terancang meruncingkan kewangan Majlis sehinggakan kepentingan yang perlu didahulukan atau diberi keutamaan, dipinggirkan. Sebaliknya perkara yang tidak penting didahulukan seperti lawatan ke luar negara.
  • Baru-baru ini seorang Pegawai MDKS membuat lawatan ke luar negeri atas alasan promosi pelancungan Kuala Selangor.
  • Lawatan seperti ini seperti menjadi keseronokan sedangkan jika dilihat peningkatan pelancungan masih ditahap lama.
  • Pegawai Perhubungan Awam dan Pelancungan MDKS membazirkan wang rakyat melalui lawatan sedangkan kebajikan pengayuh sampan dipusat pelancungan kelip-kelip tidak dipelihara.
  • Penubuhan Pusat Khidmat Ahli Majlis sepertimana diumumkan oleh kerajaan negeri tidak dilaksanakan dengan alasan kekurangan peruntukan.
  • Namun projek pemeliharaan ikan air tawar dan reptilia yang membazir terus dilaksanakan dengan peruntukan yang banyak.
  • Saya yakin, banyak penyelewengan akan berlaku dalam urus tadbir kewangan MDKS 2009 ini. Inilah kemungkinan mengapa YDP MDKS enggan menyentuh belanjawan 2008/2009 untuk dibincangkan. Kemungkinan ada agenda tersembunyi berbaur politik oleh YDP MDKS.
  • Sejak kebelakangan ini beberapa berita berkaitan disiplin segelintir penjawat di MDKS amat rendah. Berlakunya beberapa skandal yang amat memalukan melibatkan pekerja MDKS. Ini menunjukkan YDP MDKS gagal membentuk warga kerja Majlis yang berdisiplin serta berhemah tinggi dan bebas rasuah.
  • Justeru, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco PBT YB. Ronnie Liu supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri dalam PBT.
  • Satu proses "penjanaan semula" perlu diusahakan segera, jika tidak segala manifesto kerajaan Pakatan Rakyat yang diwar-warkan semasa PRU 12 akan hanya menjadi igaun ngeri kepada rakyat dan pembayar cukai serta pendokong-pendokong kerajaan PR Selangor di Pilihanraya akan datang.
  • Saya juga amat yakin melalui perhubungan dengan rakan sejawat di PBT-PBT lain seluruh Selangor, keadaan yang sama berlaku dimana sebilangan besar YDP-YDP bermaharajalela dan membelakangkan hasrat kerajaan negeri dan masih terikat dengan mentaliti jumud kerajaan lama.
  • Kepada YDP MDKS, saya ingin memberi ingatan tegas bahawa rakyat sentiasa memerhati tingkah laku anda. Saya juga meminta kepada YDP MDKS, jika mahu bermain politik sila letak jawatan.
Komen wak
MB kena buka mata sikit. Cukup la tidur tu. Jangan di biarkan terlepas mangkuk mangkuk YDP dan DAtuk Bandar yang teruskan budaya UMNO.

Tender pelik di YAYASAN SELANGOR, untuk sapa?

Selangortoday
BERIKUT ADALAH SATU TENDER YANG AMAT MENYELEWENG DIKELUARKAN OLEH YAYASAN SELANGOR PIMPINAN PENGURUS BESARNYA HAJI TAKRIL TASUKI.

Berapa besarkah nilai tender ini sehingga borangnya dijual pada harga RM2000.00 dan RM1500.00. Biasanya kerja yang bernilai berpuluh juta sahaja dijual pada harga sedemikian.

Bahawa setiap buah Asrama Yayasan tidak melebihi 300 pelajarnya atau kurang. Jika satu kepala RM11 sehari, anda kiralah sendiri. Layakkah harga kertas tender dijual begitu mahal?

Biasanya seorang petender akan memasuki tender pada satu tajuk dengan beberapa borang, biasanya 3 untuk memberi kemungkinan kejayaan yang lebih. Bagaimana jika satu tajuk 3 borang, maka bermakna RM6,000.00. Bagaimana jika 5 tajuk? RM15,000 dan kemungkinan gagal masih ada.

Menurut sumber di Yayasan, petender tidak akan dikembalikan wang membeli borang. Apakah puak-puak UMNO dalam Yayasan Selangor ini terlalu tidak pandai dan tidak mengerti apa itu konsep tender?... more.

JHEAT hadap istana isu Ayah Pin

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang dikatakan gagal bertindak terhadap ketua ajaran sesat, Ariffin Muhammad atau Ayah Pin akan menghadap pihak Istana di Kuala Lumpur esok untuk memberi penjelasan.

Dijangka turut sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh.... more.
Macam ada pilih kasih lak. .... wakakakak
Kerajaan Langit alternatif barisan nasional ... kalau kalau sebegai Kerajaan Malaysia .. diorang boleh gi ke langit untuk jadi kerajaan kat sana. Aku nak jadi calun parti BEBAS ... wakakaka

Fatwa Council deems ancient form of exercise from India 'haram'

The National Fatwa Council has declared that yoga is haram (prohibited) in Islam and Muslims are banned from practising it.

Its chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”.... more.
Ok mari semua ....
Cabut lidi. Hari ni kita nak tetap kan fatwa.
Sapa lidi pendek ... Haram, Lidi panjang ... Halal.
Boss .... apesal semua lidi pendek ni?
Wakakak

Dan ini kenyataan dari majlis FATWA yang boleh di terima akal
"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu. - Bhairan
Main alat musiz haram!!! ....
Apa taknya, time solat pun korang belasah semacam je sampai lupa nak solat. Wakakakak

Sifir babi Kedah

Saja ... pagi pagi ni nak bagi panas sikit bontot
Korang rujuk kenyataan Mahathir ... yang dulu di kenali sebagai Mahafiraun....wakakak

Pas tidak mampu bersuara - Dr. Mahathir
Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas rela menerima perkara itu, malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan Pas untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.... more.
Isu babi ni bukan isu baru ... dulu lagi dah ada. Masa lepas .. diorang tak pantau. Babi yang lahirkan anak sampai 15 ekor satu ibu, jadi tak terkawal. Dulu ada gak warning warning ni...tapi kena huloq ... senyap. Bila dah 50 tahun UMNO memerintah, diorang baru perasan. babi tak boleh mengundi. Rugi bagi babi lahir ramai anak. Tapi nak gostan tak boleh senbab takut tokey babi tak nak undi depa.

So ... bila kerajaan baru memerintah,babi ni depa nak control. Nak jadikan kandang moden sebagainya. Yang menarik ... Kelantan dah di perintah PAS sejak 18 tahun dulu. Jadi isu babi ni di kawal sejak dulu. Tu sebab di Kelantan tak dak kandang komersial .. .depa ternak kat dalam kandang kecik untuk makan sendiri. Ni otak pandai je boleh pikir, tapi kalau otak korang sebu macam UMNO ... susah nak terima logik akai.

Sekarang puak puak UMNO ni nak buat onar ... jadikan isu BABI ni satu isu besar. Bukan apa .. depa ada jentera. Suruh turun protes ...tak der hal. Ramai boleh turun, syarat nya bagi duit je. Pastu pulak, kalau nak protes tak perlu permit sebab dahi yang gi protes ada lambang keris, yang luluskan protes pun ada lambang keris.

Sifir nya itu je ... semua yang nak kontrol ternakan babi adalah negeri yang dulunya negeri UMNO. Wakakak Sonang ba itu ... wakakakakakak

Orang kampung komplen

Utusan cari mangsa untuk interview ... korang baca kenaytaan di bawah ni.

Penduduk tidak puas hati papan tanda bahasa lain
Kakitangan kerajaan, Mohd. Don Alfian Yacob, 49, berkata, kerajaan negeri sepatutnya menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa yang digunakan oleh majoriti masyarakat.

"Kenapa kita perlu melakukan pengubahsuaian seperti ini sedangkan pelancong luar negara sendiri ramai yang mempelajari bahasa Melayu untuk memudahkan mereka berkomunikasi.

"Kita sepatutnya mencontohi negara-negara seperti Jepun, Indonesia dan Jerman yang menggunakan bahasa ibunda mereka sepenuhnya untuk menunjukkan identiti mereka," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.... more.
Jap aku nak gelak
Wakakakakka ...wakekekekekek.hehehhe
Hahhahah gegegegege.... [trooooottttt....pot..pot..pot...pruuuuuiiiiiiiiiiittttt]
Mangkuk mana lak yang di interview ni.
Cerita pasal tanda jalan .... kena ikut cam jepun.
Belajar matematik .. tak payah ikut jepun ... .wakjakakkakakak
Alahai .... "pot pot pot ... terkentut sekali lagi.

Dulu masa Mahathir suruh peniaga nak tukar timbang dacing ke matrik ... punya la susah.
Orang penang rupanya masih ramai yang otak dacing ... tak nak tukar metrik .. .wakkakak
Nak jadi cam orang jepun konon... Kah kah kah

Rayuan membantah tanda jalan ... wakakak

Rakyat Pulau Pinang diminta bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu.

Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar dalam isu tersebut.

‘‘Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya. - Utusan
Bangun bangun bantah!!! Wakakak
Ada yang rayu suruh rakyat Penang membantah ... Ish ish ish ..
Professor cap ayam....
Baca berita ni, Tarik pakar tempatan pulang ke tanah air.
Sebab semua yang terror dah blah kat tempat lain ... yang tinggal, professor yang cap ayam. Syarat jadi professor kena 'pangkah dacing'. Wakakakakka ...

Posting terkini

Blog Archive