KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

4 parti pembangkang, 17 NGO mahu jumpa Dollah Badawi

dipetik: detikdaily


KAMI memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarkat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia.

Kami percaya satu-satunya cara memelihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan memelihara jaminan Perlembagaan.

Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.


Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive