KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

Kenyataan Bersama: Temujanji Segera dengan Perdana Menteri

02dsc_7715.jpg
dipetik: keadilanrakyat.org

Kami amat prihatin dengan krisis-krisis terbaru yang membelenggu negara kita.

Kami memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarkat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Kami percaya satu-satunya cara memelihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan memelihara jaminan Perlembagaan. Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.


Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tangkapan dan tekanan ini jelas bertentangan dengan jaminan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah demokrasi yang kukuh, dan akan mencemar nama negara di mata dunia.

Kami juga terus komited di dalam memperjuangkan agenda pilihan raya yang bebas dan adil di samping reformasi Pilihan Raya yang benar-benar bermakna. Pemindaan Perlembagaan yang membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk terus berkhidmat setahun lagi ialah petanda jelas bahawa kerajaan benar-benar ingin meneruskan sistem pilihan raya yang penuh dengan kelemahan dan penipuan. Sekali lagi kami mendesak kerajaan untuk memberi akses yang saksama terhadap media untuk semua parti politik dan menerima bukti-bukti yang kami kumpul secara serius untuk membanteras penyelewangan pilihan raya yang menular selama ini.

Jika tiada langkah yang segera diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, kita tidak akan memperoleh keadilan, keamanan dan kebebasan. Justeru, kami bersedia untuk membawanya ke peringkat kerajaan yang paling tinggi memandangkan adalah penting masalah-masalah ini dapat diselesaikan segera.

Dengan itu, kami ingin mendapatkan temujanji segera dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah-masalah negara yang mustahak ini dan mendesak beliau berpegang pada janjinya untuk mendengar masalah semua rakyat Malaysia. Di dalam pertemuan ini kami berhasrat meneruskan agenda perpaduan dan muafakat nasional di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan meneruskan gesaan
kami untuk pilihan raya yang bersih dan adil, di samping berusaha menyelesaikan masalah negara yang kita hadapi.

Senarai Penandatangan:

Parti Politik

1 Democratic Action Party (DAP)
2 Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
3 Parti Sosialis Malaysia (PSM)
4 Parti Islam se-Malaysia (PAS)

NGO

1 Center for Independent Journalism (CIJ)
2 Centre for Policy Initiatives
3 Citizen Think Tank
4 Civil Rights Committee (KLSCAH)
5 Concerned Citizens Group
6 Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)
7 Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8 Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
9 Labour Resource Centre (LRC)
10 Malaysians Against the Death Penalty and Torture (MADPET)
11 National Human Rights Society (HAKAM)
12 National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
13 Police Watch and Human Rights Committee
14 Research for Social Advancement (REFSA)
15 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16 Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
17 Youth For Change (Y4C)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive