KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

Pemimpin Bermaruah

Timbalan Menteri Kewangan Thai Letak Jawatan

BANGKOK, 13 Dis (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Thailand meletak jawatan tidak sampai 10 hari sebelum pilihan raya umum diadakan, selepas beliau didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan dihukum penjara dua tahun.

Sommai Pasee, yang dilantik pada 20 Nov tahun lepas oleh kerajaan yang ditubuhkan pihak tentera selepas rampasan kuasa pada 19 Sept 2006, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah meletakkan jawatan ekoran keputusan mahkamah itu.

Mahkamah Jenayah mendapati beliau bersalah kerana menyalahgunakan kuasa bagi menggantung seorang eksekutif Thai Maritime Navigation Co. Ltd pada tahun 2004 semasa beliau menjadi timbalan setiausaha tetap Kementerian Kewangan dan juga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan.

Beliau merupakan seorang pakar percukaian terkenal dan pengerusi Thai Military Bank sebelum Perdana Menteri Surayud Chulanont melantik beliau memegang jawatan timbalan menteri kewangan tahun lepas.

Sommai, yang dibebaskan dengan ikat jamin, berkata beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Menurut Perlembagaan baru yang diluluskan dalam satu referendum pada Ogos, pemegang jawatan politik mesti meletakkan jawatan jika mereka didapati bersalah oleh mahkamah.

Sebelum ini, beberapa menteri dalam Kabinet pimpinan Surayud yang berusia setahun telah meletak jawatan berikutan konflik berhubung pegangan saham dan salah faham dengan rakan-rakan.

Surayud dan anggota Kabinetnya dijangka melepaskan jawatan pada Februari selepas kerajaan baru dipilih dalam pilihan raya 23 Dis mengangkat sumpah jawatan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive