KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

KHIR TOYO CUBA GUNAKAN SALURAN BLOG

Foto

Eksklusif: "Saya yatim piatu dalam politik" Khir Toyo

klpos

Oleh Helme Hanafi

"INI kali pertama Datuk Seri bercakap secara terus-terang macam tadi," kata Dr Karim Mansor, setiausaha politik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, setelah pertemuan lebih dua jam itu bersurai. Sebagai orang yang selalu bersama Khir ketika bertemu media, Dr Karim agak 'terkejut' melihat bossnya bercakap terus-terang terutamanya soal-soal peribadi yang jarang disentuhnya sebelum ini.

Radenjowo - Khir Toyo terpaksa tunduk akur mengakui bahawa blog adalah salah satu saluran yang diterima ramai dewasa ini.

Pertemuan Khir Toyo dengan editor website dan penulis politik diatur oleh pengendali laman web agendaselangor.com, Roslan Bian berharapan agar rakyat boleh menerima penjelasan dan alasan beliau merobohkan rumah setinggan. Itu dari kata mulut Khir Toyo tetapi apa yang kita tahu, sekarang adalah masanya untuk beliau mengeluarkan isi hati dan lakunan untuk menagih simpati dari pelayar internet terhadap perobohan surau dan kuil.

Kononnya beliau memberikan alasan, tanah itu milik orang. Dan dengan merobohkan secara tergesa gesa tanpa menyelesaikan masalah penduduk yang sekian lama duduk terlebih dahulu di tanah tersebut tidak cuba diselesaikan. Mahukah anda memaafkannya? Ini agenda sebelum pilihanraya. Kalau mahu tahu kuku sebenar Khir Toyo, tunggu sekiranya ia menang sekali lagi dan keadaan yang sama akan berulang. zalim dan kemudian berbuat baik untuk tagih simpati.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive