KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

POLIS TERUS TEKAN HINDRAF

Radenjowo - Kalau suruh tekan rakyat, beri pada polis. Kuasa yang ada ditangan, menaikkan tocang dikepala. Polis....suruh serbu dia pun serbu. Suruh Terjun longkang, dia pun terjun longkang. Jenayah tak di tangani, tapi musuh politik mereka, bukan main laju lagi.
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu dua pejabat firma guaman milik Penasihat Perundangan Barisan Bertindak Hak Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, di Seremban, Negeri Sembilan dan Bangsar di sini, semalam.

Dalam serbuan di firma guaman Kumar Hashimah & Co itu, polis merampas beberapa dokumen dan set komputer serta membuat salinan semua maklumat dalam komputer peribadi Uthayakumar bagi membantu siasatan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948.

Di SEREMBAN, sepasukan lapan anggota berpakaian preman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, menyerbu pejabat Uthayakumar di Kemayan Square, yang turut dijadikan pejabat Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, kira-kira jam 2.30 petang.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima waran yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Seremban.

Pasukan itu dilihat meninggalkan premis berkenaan, kira-kira sejam setengah kemudian dengan membawa sebuah beg hitam dan satu komputer riba, unit pemprosesan berpusat (CPU), modem USB dan kad sim telefon bimbit Celcom, dipercayai milik Waythamoorthy dan isterinya, yang juga peguam di firma berkenaan.

Bagaimanapun, Waythamoorthy yang juga adik Uthayakumar, tidak ada di premis berkenaan, dipercayai ke luar negara.

Sementara itu, satu lagi pasukan yang diketuai Asisten Superintendan Redzaime Abdul Hamid dari IPD Dang Wangi, menyerbu firma guaman Uthayakumar di Aras 9, Menara Mutiara Bangsar pada jam 3 petang.

Khidmat Unit Forensik Siber dari Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras turut membantu dalam usaha mendapatkan maklumat yang terkandung dalam komputer dan peralatan elektronik lain di premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata prosedur itu memang biasa dilakukan bagi membantu siasatan terhadap peguam berkenaan.

"Kita melakukan serbuan ini untuk mencari sebarang dokumen atau maklumat berkaitan inti pati ucapannya dalam bahasa Tamil di sebuah restoran di Batang Berjuntai sebelum ini, yang didapati berbau hasutan dan boleh menimbulkan ketegangan.

"Ia bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948 ketika ini," katanya.

Kelmarin, Uthayakumar, 46, ditahan sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan surat berunsur hasutan yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, menerusi laman web http://policewatchmalaysia.com pada 15 November lalu.

Berita lain:

Uthayakumar boleh ditahan mengikut ISA
KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), termasuk Penasihat Perundangannya, P Utahayakumar, bakal berdepan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika terus cuba mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini. [+]

Permohonan tiga peguam ditolak
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan tiga peguam yang juga pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) untuk menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah itu supaya mereka didakwa semula di Mahkamah Sesyen Klang. [+]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive