KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

Peristiwa Sepenuh Tian pada 11 Disember

http://media1.malaysiakini.com/72/fa11c3bcb47e40cd8318d4ade34e52c1.jpg

KeADILan

Kuala Lumpur, 13 Dis - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, hari ini mendedahkan rentetan peristiwa terperinci menjelaskan penahanannya pada hari Selasa yang lalu.

Maklumat ini telah disampaikan dalam kenyataan medianya yang diperoleh SuaraKeadilan.com hari ini.

Menurutnya, pada pukul 9.30 pagi, beliau telah menumpang dengan sahabatnya, Razak, dalam kereta Proton Tiara WMQnya.

Mereka telah sampai di Jalan Parlimen pada pukul 10.20 pagi, dan menuju ke arah Parlimen. Kata beliau, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya di sepanjang jalan menuju ke Parlimen.

Pada pukul 10.30 pagi, kereta mereka telah ditahan oleh pegawai polis yang bertugas. Beliau telah memaklumkannya bahawa mereka ingin memasuki kawasan Parlimen atas sebab kerja. Beliau dengan jelas telah memberitahunya bahawa beliau telah ditugaskan untuk membantu Wakil Rakyat parti.

Menjelang 10.35 pagi, pegawai polis berseragam itu terus bertengkar dengan beliau, dan mendakwa bahawa orang awam tidak dibenarkan berlegar di luar Parlimen. Menurut Tian, beliau telah menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk berada di dalam Parlimen. Namun, pegawai-pegawai polis itu masih enggan membenarkan beliau masuk.

Kata Tian lagi, pada pukul 10.40 pagi, seorang pegawai polis berpakaian awam dengan memakai vest kuning telah muncul. Dia mendekati mereka dan mendakwa dirinya dari IPK, seterusnya mengarahkan Tian supaya keluar dari kereta. Apabila beliau meminta bukti identitinya, pegawai tersebut mengeluarkan kad polisnya sejenak, tetapi tidak membenarkan Tian membaca namanya. Dia berkata bahawa dia telah diarahkan untuk menahan Tian. Tian pula bertanya tentang siapa yang telah mengeluarkan arahan tersebut, dan meminta untuk ditunjukkan waran penangkapan, tetapi dia enggan menjawab.

Pegawai-pegawai polis yang mengendalikan sekatan jalan raya itu kemudiannya berundur, dan kereta beliau dikelilingi beberapa pegawai berpakaian biasa yang lain. Mereka cuba untuk mengeluarkan Tian dari kereta, tetapi beliau enggan keluar dari kereta, atas sebab pihak polis masih gagal memberitahu beliau sebab penangkapan beliau itu. Pihak polis juga enggan menunjukkan sebarang bukti kuasa penangkapan. Beliau juga tidak boleh didakwa terlibat dalam sebarang perhimpunan, kerana beliau masih berada dalam kenderaan peribadi, bersama seorang teman sahaja.

Menurut Tian, 5 minit kemudian, pegawai-pegawai polis tersebut mula menyerang beliau dengan ganas, dan mengheret beliau keluar secara paksa dari dalam kereta. Beliau dihumban ke atas tanah, dan kemudiannya diangkat oleh 6 atau 7 orang lelaki dan ditolak ke dalam kenderaan polis yang diletakkan beberapa meter di belakang.

Pada pukul 11.00 pagi, Tian telah dibawa ke IPK. Di IPK, beliau tetap diheret dan diangkat dengan kasar.

Kemudiannya, beberapa lagi aktivis dan pemimpin BERSIH telah ditahan dan sampai ke IPK.

Beliau sepatutnya dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk memproses ikat jamin untuk penahanan beliau pada hari Ahad lalu. Pada pukul 1.40 petang, Tian telah dibawa keluar dari IPK oleh pegawai sama yang telah menahan beliau tadi. Dia mengarahkan supaya beliau digari dari belakang. Beliau menolak, kerana ini jelas merupakan cubaan untuk menyeksa dan memalukan dirinya. Akan tetapi, sekali lagi dia mengarahkan supaya kekasaran digunakan untuk memaksa beliau menurut arahan. Tian sekali lagi diangkat oleh 4 orang pegawai polis, dengan tangannya digari di belakang.

Kata Tian lagi, pada pukul 2 petang, beliau telah sampai di mahkamah, tetapi pegawai-pegawai tersebut masih lagi mengikat tangan beliau dari belakang. Beliau berkali-kali meminta mereka supaya menghormati hak-hak beliau, tetapi mereka tidak mengambil peduli. Mereka mengheret dan mengangkat beliau mengelilingi kompleks mahkamah itu sementara mencari kamar yang betul.

“Saya lebam teruk akibat kekasaran mereka,” kata Tian lagi.

Pada pukul 2.25 petang, Tian telah dibawa berjumpa Pegawai Penyiasatan beliau, ASP Idris.

Menurut Tian, “Beliau terkejut melihat cara saya dilayan. Beliau serta-merta mengarahkan pegawai-pegawai polis itu untuk menanggalkan gari tangan saya, dan menggari saya dari depan. Beliau kemudiannya menyuruh mereka membawa saya ke Bilik Bawah Tanah untuk memproses ikat jamin saya.”

Akan tetapi, apabila mereka sampai ke Bilik Bawah Tanah pada pukul 2.30 petang, Tian tidak dibenarkan meneruskan proses ikat jamin. Beliau dihantar kembali ke lokap tanpa memproses ikat jaminnya. Beliau ditinggalkan dalam lokap tanpa diberitahu apa yang sedang berlaku.

Pada pukul 3 petang, Tian telah dibawa keluar dari lokap, dan diberitahu bahawa Peguam Negara telah berkata bahawa beliau perlu hadir untuk permohonan ikat jamin. Beliau sekali lagi dibawa kembali ke IPK.

Setelah kembali ke IPK, Tian telah dihantar bersama 16 orang tahanan lain ke lokap Pudu pada pukul 6.30 petang, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk.

Pada pukul 6.45 petang, mereka kemudiannya dibawa kembali sekali lagi ke IPK.

Akhirnya, pada pukul 7.45 malam, mereka telah diberitahu bahawa mereka akan dibebaskan atas ikat jamin polis. Jelas Tian, satu persatu mereka dibebaskan atas ikat jamin.

***

Rentetan Peristiwa

11 Disember (Selasa)

09:30 Saya menumpang dengan sahabat saya, Razak, dalam kereta Proton Tiara WMQnya.

10:20 Kami sampai di Jalan Parlimen, dan menuju ke arah Parlimen. Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya di sepanjang jalan menuju ke Parlimen.

10:30 Kereta kami ditahan oleh pegawai polis yang bertugas. Saya memaklumkannya bahawa kami ingin memasuki kawasan Parlimen atas sebab kerja. Saya dengan jelas memberitahunya bahawa saya telah ditugaskan untuk membantu Wakil Rakyat parti.

10:35 Pegawai polis berseragam terus bertengkar dengan saya, dan mendakwa bahawa orang awam tidak dibenarkan berlegar di luar Parlimen. Saya menegaskan bahawa saya mempunyai hak untuk berada di dalam Parlimen. Namun, pegawai-pegawai polis itu masih enggan membenarkan saya masuk.

10:40 Seorang pegawai polis berpakaian awam dengan memakai vest kuning muncul. Dia mendekati kami dan mendakwa dirinya dari IPK, seterusnya mengarahkan saya supaya keluar dari kereta. Apabila saya meminta bukti identitinya, dia mengeluarkan kad polisnya sejenak, tetapi tidak membenarkan saya membaca namanya. Dia berkata bahawa dia telah diarahkan untuk menahan saya. Saya bertanya tentang siapa yang telah mengeluarkan arahan tersebut, dan meminta untuk ditunjukkan waran penangkapan, tetapi dia enggan menjawab. Pegawai-pegawai polis yang mengendalikan sekatan jalan raya itu kemudiannya berundur, dan kereta saya dikelilingi beberapa pegawai berpakaian biasa yang lain. Mereka cuba untuk mengeluarkan saya dari kereta, tetapi saya enggan keluar dari kereta, atas sebab pihak polis masih gagal memberitahu saya sebab penangkapan saya itu. Pihak polis juga enggan menunjukkan sebarang bukti kuasa penangkapan. Saya juga tidak boleh didakwa terlibat dalam sebarang perhimpunan, kerana saya masih berada dalam kenderaan peribadi, bersama seorang teman sahaja.

10:45 Pegawai-pegawai polis tersebut mula menyerang saya dengan ganas, dan mengheret saya keluar secara paksa dari dalam kereta. Saya dihumban ke atas tanah, dan kemudiannya diangkat oleh 6 atau 7 orang lelaki dan ditolak ke dalam kenderaan polis yang diletakkan beberapa meter di belakang.

11:00 Saya dibawa ke IPK. Di IPK, saya tetap diheret dan diangkat dengan kasar.

Kemudiannya, beberapa lagi aktivis dan pemimpin BERSIH telah ditahan dan sampai ke IPK.

13:40 Saya sepatutnya dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk memproses ikat jamin saya untuk penahanan saya pada hari Ahad. Saya dibawa keluar dari IPK oleh pegawai sama yang telah menahan saya tadi. Dia mengarahkan supaya saya digari dari belakang. Saya menolak, kerana ini jelas merupakan cubaan untuk menyeksa dan memalukan diri saya. Akan tetapi, sekali lagi dia mengarahkan supaya kekasaran digunakan untuk memaksa saya menurut arahan. Saya sekali lagi diangkat oleh 4 orang pegawai polis, dengan tangan saya digari di belakang.

14:00 Saya sampai di mahkamah, dan pegawai-pegawai tersebut masih lagi mengikat tangan saya dari belakang. Saya berkali-kali meminta mereka supaya menghormati hak-hak saya, tetapi mereka tidak mengambil peduli. Mereka mengheret dan mengangkat saya mengelilingi kompleks mahkamah itu sementara mencari bilik mahkamah yang betul. Saya lebam teruk akibat kekasaran mereka.

14:25 Saya dibawa berjumpa Pegawai Penyiasatan saya, ASP Idris. Beliau terkejut melihat cara saya dilayan. Beliau serta-merta mengarahkan pegawai-pegawai polis itu untuk menanggalkan gari tangan saya, dan menggari saya dari depan. Beliau kemudiannya menyuruh mereka membawa saya ke Bilik Bawah Tanah untuk memproses ikat jamin saya.

14:30 Akan tetapi, apabila kami sampai ke Bilik Bawah Tanah, saya tidak dibenarkan meneruskan proses ikat jamin. Saya dihantar kembali ke lokap tanpa memproses ikat jamin saya. Saya ditinggalkan dalam lokap tanpa diberitahu apa yang sedang berlaku.

15:00 Saya dibawa keluar dari lokap, dan diberitahu bahawa Peguam Negara telah berkata bahawa saya perlu hadir untuk permohonan ikat jamin. Saya sekali lagi dibawa kembali ke IPK.

14:00 Kembali ke IPK.

18:30 Kami dihantar bersama 16 orang tahanan lain ke lokap Pudu, tetapi kami tidak dibenarkan masuk.

18:45 Kami dibawa kembali sekali lagi ke IPK.

19:45 Kami diberitahu bahawa kami akan dibebaskan atas ikat jamin polis. Satu persatu kami dibebaskan atas ikat jamin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive