KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 14, 2008

CCTV PROJEK PEMBAZIRAN


Arah henti operasi CCTV
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
hmetro.com.my

MELAKA: Perkhidmatan sebuah syarikat penyelenggara kemudahan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bandar raya ini akan dihentikan serta-merta kerana gagal memastikan peralatan berkenaan berfungsi dengan baik sekali gus bakal mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau kecewa kegagalan syarikat berkenaan menyelia 20 CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di bandar raya ini sejak 2004

‘Saya dukacita kerana hanya enam CCTV berfungsi, manakala 14 lagi rosak dan tidak diperbaiki. Jika berlaku apa-apa masalah jenayah, sudah tentu CCTV ini tidak dapat digunakan untuk membantu polis mengesan dan menangkap penjenayah.

“Saya minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis untuk memastikan setiap CCTV berfungsi. Jika syarikat terbabit tidak menjalankan kerja penyelenggaran CCTV, pihak berkenaan perlu melaporkan segera kepada MBMB dan Ketua Menteri untuk tindakan,” katanya.

Mohd Ali berkata, jika ada aduan, beliau akan membawa isu berkenaan pada mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (Exco) dan akan mengeluarkan arahan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan mengatasi masalah itu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan masalah keselamatan penduduk khasnya dan pelawat di negeri ini.

“Kita akan batalkan kontrak Syarikat PPK Technology Sdn Bhd dan dalam masa tiga hari, kita akan keluarkan tender baru untuk penyelenggaraan 20 CCTV ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan mengejut ke Pusat Kawalan CCTV di Balai Polis Melaka Tengah, kira-kira jam 10 pagi semalam, selepas berjoging.

Hadir sama pada lawatan itu adalah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya dan Pengerusi Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir, Chock Choon Sin.

Mohd Ali yang juga Ketua Keselamatan Negeri berkata, beliau tidak berpuas hati kualiti paparan gambar CCTV yang dipasang kerana ia tidak jelas.

Beliau sebelum itu diberi penerangan oleh Johari dan anggota bertugas di bilik kawalan dan mendapati CCTV di Melaka Central mampu memfokus gambar plat bas yang statik dengan jelas tetapi bukan gambar orang.

“Apabila tender baru dibuka, saya akan melihat dan mengenal pasti syarikat yang benar-benar layak membekal dan menyelenggara CCTV,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merancang memasang 29 CCTV tambahan di beberapa lokasi di bandar raya dan permohonan sudah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, CCTV tambahan ini akan meningkatkan lagi tahap keberkesanan polis di negeri ini khasnya membenteras pelbagai jenayah.

Difahamkan, 20 CCTV yang dipasang ketika ini dikendalikan oleh lima anggota termasuk pegawai polis di bilik Kawalan IPPD, Melaka Tengah.

No2umnO - Projek angat angat TAHI AYAM. Itu lah yang boleh dikatakan tentang pemasangan kamera. Bila ada kes jenayah, idea memasang kamera adalah satu idea yang sering digunakan oleh pemimpin. Yang membekalnya sudah SAH dapat untung kemudian menyelenggaranya pun untung juga. Bila sudah ada, tidak berfungsi. Wang terus dibazir, tanpa kawalan yang betul. Kalau dah niat pun sudah tak betul, masakan dapat faedahnya. Ini lah yang bakal berlaku kepada projek pemasangan kamera yang baru diluluskan oleh kabinet. Ambil kesempatan diatas kehilangan adik Sharlinie. Berjuta juta wang dibazirkan, tapi akhirnya rugi yang ada, manafaatnya tiada.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive