KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 14, 2008

UMNO ADA TUHAN BARU

UMNO ADA TUHAN BARU

Aku cukup tertarik dengan kenyataan Shahrizat Jalil yang merujuk tentang "Tarikh pilihanraya." Menurut beliau

“Pilihan raya tak lama lagi saya rasa. Bila-bila pun pilihan raya diadakan, nasib kita sendiri pun tak tahu. Hanya Allah dan Presiden (UMNO) yang menentukan." Utusan Malaysia 14/1/2008

Emmm.... hebat Abdullah Badawi sudah sampai tahap untuk menentukan pilihanraya dan bukan hanya merancang lagi. Maka tidak hairan lah kalau mereka sanggup sujud dikaki Perdana Menteri kerana menyangka bahawa Perdana Menteri itu Tuhan mampu untuk mengujudkan sesuatu perkara yang akan datang.

Untuk menyamakan Perdana Menteri dan Allah swt adalah satu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan. Aku tidak mahu meletakkan sebarang hukum kerana bimbang implikasi nya lebih berat tetapi mungkin kerana lebih keduniaan atau tidak percaya dengan kuasa Allah swt maka seorang Menteri sanggup menyatakan sedemikian rupa.

Menyedihkan kerana rata rata makhluk di dalam UMNO sudah terpesong akidah mereka dan akibatnya sesiapa pun yang dilantik menjadi Presiden atau pemimpin UMNO akan dianggap sedemikian rupa oleh pengikutnya. UMNO sudah menjadi satu agama yang sudah nazak serongnya dan sudah rosak terpesongnya manakala pemimpin nya dilihat seperti berketurunan WALI dan kalau lama memerintah boleh menaikkan mereka kepada taraf NABI dan kemudian TUHAN. Merujuk apa yang aku pelajari, ianya sudah menjadi ILMU atau AJARAN sesat.

Agama sekadar topeng buat pemimpin UMNO, sedangkan mereka tidak percaya ujudnya Tuhan. Rezeki, masa depan, ketentuan dan sakit senang ditangan Perdana Menteri. Namun jangan keliru kerana apabila bercampur gaul dengan rakyat, mereka umpama lebih alim dari wali dan lebih jujur dari nabi. Begitu lah hebatnya ahli politik UMNO. Berapa banyak lembu boleh dikorbankan dan berapa banyak masjid boleh didirikan, semuanya mereka mampu lakukan kerana UMNO lah agamaku, Perdana Menteri adalah Tuhanku.

Untuk mencapai hasrat sebagai pemimpin negara, mereka sanggup dirikan masjid yang besar dan indah. Memperbandingkan antara diri dan orang lain. Perbelanjaannya juga berjuta juta dan sehingga mencecah berbilion. Semata mata untuk menyatakan mereka itu Islam dan memimpin sebuah negara Islam. Bila rakyat bertanya tentang status negara, mereka jadi ketakutan. Tidak berani mengislam kan Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum. Semua kaum kononnya perlu dijaga dan mengislamkan Malaysia akan menghilangkan sokongan kepada mereka. Bila mereka berkunjung ke luar negara, pemimpin mendabik dada memberitahu dunia bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang berjaya.

Sedangkan ianya indah kabar dari rupa. Didalam negara berantakan tidak berkesudahan. Maksiat merata rata, jenayah bermaharaja lela, rasuah sampai dah tak terkata, anak haram lahir disini sana, sumbang mahram boleh terjadi bila bila dan menterinya pula tidak lari dari berbuat perkara haram secara senyap atau terang terangan.

Aku tidak mahu menyalahkan BN kerana BN di huni oleh makhluk yang bercampur baur. Islam dan kafir memperjuangkan kefahaman politik mereka. Ianya sebuah tiket politik yang tidak mengira agama dan kepercayaan tetapi UMNO adalah sepatutnya sebuah parti bangsa Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agama. Seharusnya ia menjadi satu payung untuk bangsa Melayu dan umat Islam untuk berteduh, bersama di dalam perjuangan kehidupan sekarang dan hala tuju mereka pada masa akan datang. Malangnya mereka lebih pentingkan soal politik dan tidak memperjuangkan soal agama kecuali membina masjid yang mahal dan berharga hanya kerana untuk mendapatkan dana untuk poket sendiri, kroni atau pun parti untuk hadapi pilihanraya. Mungkin pengertian mereka, ianya KOMISYEN yang halal.

Maka tidak hairan lah kalau anak anak pemimpin UMNO kebanyakan nya lari dari lorong asal tujuan. Menyertai Sister in Islam yang ternyata menjadi gabungan gerombolan Islam moden yang mementingkan soal hak asasi tanpa mengambil kira tentang rukun dan undang undang Islam.

Aku tertanya tanya kenapa lah pemimpin negara sudah dipesongkan sedemikian rupa. Kalau benar lah ISLAM HADHARI itu satu cara hidup Islam yang moden, perlukan mereka lari dari landasan sebenar. Malah dengan berani imam Islam Hadhari terus berubah watak apabila berada di majlis yang berbeza.

Untung hidup di dunia moden kerana semuanya boleh dirakam, malangnya pula, di dalam usaha mendedahkan semua kedurjanaan pemimpin, ramai sudah yang terlalu moden untuk menerima yang HARAM boleh berubah menjadi HALAL. Pemimpin yang menyentuh wanita bukan muhrim adalah kesalahan visual yang kita nampak. Berharap agar ia menjadi satu petunjuk kepada rakyat tentang taraf seorang pemimpin itu, tetapi ianya disangka sebagai satu helah musuh politik untuk menjatuhkan pemimpin itu. Kerana butanya mata rakyat jelata maka, ianya tidak menjadi isu besar. Asalkan pemimpin itu mengaku dia itu Islam dan Melayu dan penyokongnya akan terus menyokong. Bukan kah ianya satu tabiat pelik masyarakat Islam sekarang?

Mungkin sudah menjadi syaratnya. Kalau mahu menjadi Perdana Menteri atau pemimpin di dalam negara Malaysia adalah kewajiban untuk menuruti semua sistem yang dilakar indah oleh British sejak dahulu. Sukar benar untuk berubah. Realitinya British sudah tiada tetapi undang undang mereka yang kita masih guna. Bukan tiada otak, bukan tidak bijak tetapi mungkin ada ikatan atau perjanjian yang termatri di belakang, tanpa pengetahuan rakyat jelata.

Kalau mahu jadi Perdana Menteri mesti sikapnya seperti ini dan kepercayaannya seperti ini. Maka apa yang berlaku, setiap pemimpin menaiki takhta, sikapnya serupa, cara nya sama dan keislamannya pun tidak jauh berbeza. Masih mengekalkan, yang HARAM itu adalah sesuatu yang dilakukan oleh seteru dan setiap yang dilakukan oleh UMNO itu semuanya HALAL HALAL belaka.

Akhirnya kita berbalah untuk bercerita tentang bagaimana untuk menhadi seorang Islam. Ajaran berbeza, contoh kepimpinan tidak serupa. Lantas yang condong kepada politik UMNO akan menegakkan benang basah untuk menyatakan pemimpin itu betul sedangkan yang sebelah pihak lagi terus menyatakan ianya HARAM dan tidak boleh dilakukan. Kalau HARAM kenapa PEMIMPIN lakukan? Maka akhirnya yang HARAM itu akan menjadi budaya kerana pemimpin tidak malu untuk melakukannya dan rakyat pun sudah tidak mahu menjadi kolot seperti Islam.
Untuk menjadi modern semuanya perlu berhibur, percampuran tiada batasan dan Islamnya sedikit longgar.

Aku sendiri dan muak untuk bercerita tentang semua ini kerana semakin hari semakin jelas kemunafikan pemimpin UMNO dan Kerajaan. Yang menyedihkan, ramai nya bangsa melayu dan Islam yang tidak mampu membezakan sebuah kepimpinan itu. Terikut ikut dan terdorong untuk menyokong. Adakah ini cabaran diakhir zaman atau aku yang tidak waras untuk berfikir?

Setiap hari bertemu dengan bermacam macam manusia yang mempunyai pendirian mereka masing masing. Sejuk hati bila ada yang bersetuju dan rasa terbakar bila mendengar celoteh mereka yang tidak mempunyai cukup info untuk berkata tetapi di dalam masa yang sama degil, keras kepala dan tidak mahu mendengar kata. Mungkin kerana itu lah UMNO masih terus ada sehingga sekarang. Makin hari makin rosak, penyokongnya pula makin hari makin buta dan pekak.

Kalau aku tidak benar mungkin Shahrizat Jalil yang betul kerana menyatakan hanya Tuhan dan Presiden UMNO yang mampu menentukan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive