KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 2, 2008

Chua Soi Lek lebih mulia dari Abdul Rashid SPR

penarikbeca

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam dilaporkan berkata, "Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya".

Semalam nak ulas tak dan. Hari ini pun tak dan. Anak nak sekolah, mak ayah yang gelabah.

Saya tak dan nak kata apa-apa dan hanya sempat bersumpah:

WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah membantu Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Saya berharap Abdul Rashid berani bersumpah bahawa SPR tidak pernah sama sekali membantu Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Saya juga berharap Abdul Rashid berani bersumpah bahawa beliau, dengan jawatannya di dalam SPR, tidak pernah sama sekali membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (pada masa itu belum lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri) mencapai kemenangan dengan majoriti tipis di kawasan parlimen Pekan dalam pilihanraya 1999.

Saya tidak perlu mencabar Abdul Rashid. Tugas untuk membuktikan bahawa beliau bukan seorang super liar (pembohong handalan) bukan tugas atau tanggungjawab saya. Itu tanggungjawab beliau sendiri.

Apa pun, sehingga kini, saya masih merasakan Chua Soi Lek lebih mulia dari Abdul Rashid.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive