KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 2, 2008

POLIS CUBA HALANG

Berita Oleh pemudawilayah
Tranungkite



(...) Salahuddin ketika ditemui menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membawa mesej dakwah dan mendidik rakyat tentang cara menyambut Tahun Baru yang betul disamping memberikan kesedaran kepada mereka tentang bahaya sosialisasi yang melampau.

Pemuda PAS mengambil pandangan yang serius terhadap gejala sosial yang semakin berkembang biak ekoran dari sikap Kerajaan yang suka menyediakan pesta-pesta mega yang turut menjadi punca kepada gejala ini.

Sebanyak 20 ribu risalah dakwah diedarkan disekitar KLCC selama sejam bermula dari pukul 11 malam.

Ekspedisi kali ini mendapat sedikit gangguan bila mana kumpulan yang dipimpin oleh Salahuddin ini dihalang oleh pihak polis dari memasuki tapak konsert di tempat letak kereta KLCC. FRU juga turut berkawal bagi menghalang para petugas ini menyebarkan risalah didalam kawasan konsert. Walaubagaimana pun, tiada sebarang penangkapan dibuat.

Usaha dakwah diteruskan dengan mensasarkan mudi-mudi yang duduk di sekitar taman yang berhampiran. Salahuddin yang datang bersama ahli keluarga beliau sempat bermesra dan bertemu dengan muda mudi ini dan memberikan sedikit nasihat untuk mereka.

Hujan renyai-renyai telah turun lewat pukul 11.30 malam dan ianya dianggap suatu rahmat bagi program ini. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive