KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 2, 2008

SENDIKIT DALANG PELACUR ASING .... PIHAK BERKUASA?

Pelacur asing bermaharajalela di Jalan Masjid India
Wednesday, 02 January 2008

KUALA LUMPUR: Kehadiran pelacur di Jalan Masjid India sejak pertengahan bulan lalu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peniaga dan penduduk setempat di kawasan terbabit.

Malah pelacur terbabit yang datang dari India menggunakan pas lawatan sosial kini mula merebak ke kawasan sekitar terutama Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuh Ampang dan sekitar pusat beli-belah Sogo.

Seorang peniaga, Zaheer Deen Ziaudeen, 37, berkata kehadiran banyak pelacur asing di Jalan Masjid India bukan saja mengganggu perniagaan mereka, malah menimbulkan persepsi negatif sama ada pelancong tempatan atau asing.

Dia yang 13 tahun berniaga di kawasan itu mendakwa, kebanyakan pelacur terbabit didalangi sindiket menyebabkan mereka berani bergerak dari satu tempat ke tempat lain, manakala peniaga tempatan tidak berani melaporkan kepada pihak berkuasa berikutan takut diserang anggota sindiket terbabit.

Ketua Pemuda Kebangsaan, Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Thajudeen Mohideen, berkata pelacur terbabit dikesan memasuki negara ini menggunakan visa pelancong dan bekerja sebagai pelacur.

Menurutnya, dia kesal kerana walaupun peniaga tahu mengenai aktiviti itu, namun mereka tidak berani melaporkan kepada polis sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak.

"Jika mereka tidak berani melaporkan perkara ini, saya sendiri akan melakukannya demi menjaga kawasan ini daripada dicemari maksiat.

"Kehadiran mereka (pelacur) di sini juga memeranjatkan saya malah ketika pendedahan Harian Metro kelmarin, saya segera turun padang menyiasat perkara ini," katanya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive