KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 2, 2008

Pembangkang boikot, saya ikut - TG Nik Aziz

Utusan Meloya
Oleh HERMAN HAMID

KOTA BHARU 1 Jan. – Parti pembangkang termasuk Pas bersedia untuk tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika semua gabungan pembangkang bersetuju berbuat demikian.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, namun secara peribadi beliau tetap mahu bertanding pada pilihan raya nanti demi moral penyokong Pas.

“Itu sekiranya keputusan (semua) pembangkang (untuk boikot), saya ikutlah tetapi secara peribadi saya tetap nak bertanding (pada pilihan raya umum ini),” katanya kepada para pemberita selepas majlis Meraikan Petugas Banjir Negeri Kelantan di kediaman rasmi beliau di JKR 10 di sini hari ini.

Menurutnya, dalam soal pilihan raya umum, tidak ada pihak yang boleh melarang kerana ia hak setiap parti untuk bertanding sementara SPR pula tugasnya untuk menguruskan pilihan raya dengan adil.

‘‘Tak perlu kami (kena) percaya SPR baru (hendak) bertanding. Kami percaya ke, kami tak percaya ke, kami tetap akan bertanding kerana itu demokrasi. Tapi SPR kalau tahu benda ini tak betul, tak telus, dosa atas dia, tanggunglah.

‘‘Namun kalau pimpinan parti pembangkang nak boikot, itu saya kena akurlah sebab saya orang parti. Tapi kalau tanya saya, saya kata bertanding. Dosa pahala atas dia (SPR),” katanya.

Kira-kira 500 petugas banjir daripada pelbagai agensi kerajaan dan sukarelawan termasuk Pengarah JKM Kelantan, Mohd. Nor Chik hadir pada majlis berkenaan.

Nik Aziz diminta mengulas cabaran Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman terhadap parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Ab. Rashid yang menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan raya di Malaysia penuh dengan penyelewengan.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Ab. Rashid tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana ia boleh menjejaskan kesahihan sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.

Katanya, cabaran Rashid terhadap pembangkang itu menggugat keyakinan rakyat terhadap kedudukan SPR selaku sebuah badan yang berkecuali.

‘‘Apabila mendapat keyakinan masyarakat, barulah kerajaan yang dibentuk hasil daripada pilihan raya mempunyai kesahihan. SPR tidak boleh main-main dengan fungsi dia (melalui kenyataan seperti itu),” ujarnya.

Mengenai kemungkinan pembangkang memboikot pilihan raya umum seperti yang dilakukan sewaktu pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam lalu, Husam berkata, keutamaan pembangkang kini tidak pada boikot.

‘‘Keutamaan pembangkang kini adalah untuk memperbetulkan minda SPR. Macam kenyataan terbaru pengerusinya membuktikan badan itu jelas tergelincir daripada fungsinya sebagai badan berkecuali dan ini yang kita hendak perbetulkan,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive