KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

Undi OLOK OLOK Selangor ... meriah dengan MAT REMPIT

Pilihanraya olok-olok Umno di PJS 6.
dppkkj.blogspot.com

Pagi tadi telah berlangsung apa yang dinamakan pilihanraya olok-olok yang dianjurkan oleh Umno di seluruh Negeri Selangor. Difahamkan bahawa timbulnya pilihanraya olok-olok ini setelah Umno mendapati pembangkang berjaya menganjurkan hampir 200 program di Seluruh Selangor dan ditambah pula dengan kenyataan Tun Daim bahawa Negeri Selangor adalah antara negeri yang berisiko jatuh di tangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Kami sempat merakamkan suasana pilihanraya berkenaan yang di adakan di sekitar PJS 6, Kg Lindungan. Yang pastinya penganjuran pilihanraya olok-olok oleh Umno ini telah mempergunakan dewan orang ramai, agensi kerajaan seperti RELA dan remaja-remaja bermotor yang mereka gelar sebagai Mat Rempit. Melalui temubual kami bersama salah seorang daripada remaja ini, kami mendapati bahawa mereka telah dibayar sebanyak RM 30 untuk duit minyak. Kelihatan salah seorang remaja bermotor yang diupah oleh Umno ini melakukan aksi wheely iaitu aksi yang begitu terkenal bagi golongan Mat Rempit.

(Imej bawah) dewan yang digunakan



(Imej bawah) Menunggu digarisan permulaan ....



(Imej bawah) Rela yang macam tak RELA



(Imej bawah) Botol air percuma (BN), yang dulu sering digunakan untuk 'acara baling baling' di IJOK



(Imej bawah) Mat Rempit yang sedang memanggil orang ramai untuk hadir mengundi. Perhatikan motor dibelakang sekali yang menggantungkan lesen "L", boleh naik dua orang ke?



Harap jangan ada makcik yang tertonggeng dek kerana 'willie' si Mat Rempit pada musim pilihanraya nanti. Kalau poi kampong eden, tanyo makcik nak naik ko moto mat rempit? Makcik kato, "Tak payah lah....biar eden jalan kaki yo. Kang telompek lompek den, terselak kain."
Terima kaseh kepada dppkkj.blogspot kerana menyiarkan berita yang hebat ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive