KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 5, 2008

YURAN: KELUH RAKYAT

Keluh bayar yuran RM200
Oleh Siti Fatimah Hassan

PETALING JAYA: Yuran berjumlah hampir RM200 yang dikenakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) (SKTTDI 1) di sini, bagi setiap pelajar, menyebabkan ibu bapa berpendapatan rendah mengeluh panjang kerana jumlah itu terlalu mahal berbanding yuran tambahan.

Justeru, penghapusan yuran sekolah yang dikenakan kerajaan antara RM15 hingga RM20 didakwa tidak banyak membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa pada sesi persekolahan 2008 ini.

Bapa kepada murid tahun tiga di SKTTDI 1, Saiful Bahri Shariff Ghazali, 41, menyifatkan bayaran sumbangan dikenakan PIBG terlalu tinggi selain mempertikaikan bayaran RM15 untuk penyelenggaraan dewan sekolah.

Katanya, PIBG perlu bertimbang rasa dalam menentukan kadar bayaran itu memandangkan bukan semua ibu bapa berkemampuan.

“Walaupun sekolah ini terletak di kawasan golongan berpendapatan tinggi, mereka perlu memikirkan situasi ibu bapa berpendapatan rendah.

“Bayaran dewan itu boleh dipertikaikan dan anggaran kos perbelanjaan bagi kemudahan itu setahun perlu dikemukakan kepada ibu bapa,” katanya ketika ditemui di sekolah terbabit, semalam.

Aidil Muhtarami Ghazali, 33, pula berkata, dia turut terkejut apabila mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar pada permulaan sesi persekolahan kelmarin kira-kira RM193.50 ketika mendaftar anaknya yang memasuki tahun satu.

“Saya menyangka beban akan kurang selepas kerajaan memansuhkan yuran sekolah namun hakikatnya bayaran yang terpaksa ditanggung masih tinggi,” katanya.

Sementara itu, difahamkan dewan sekolah yang dimaksudkan itu dilengkapi kemudahan alat penghawa dingin selain selesa untuk kegunaan kira-kira 1,200 pelajar sekolah terbabit.

Selain dewan, ibu bapa di sekolah itu perlu membayar yuran penyelenggaraan sekolah (RM20), PIBG (RM40) dan kelas komputer bagi murid tahun dua hingga enam (RM70).

Bagaimanapun, seorang ibu kepada pelajar di sekolah sama, Zarina Shik Ibrahim, berpendapat jumlah bayaran itu sudah dipersetujui bersama ibu bapa pada mesyuarat PIBG tidak lama dulu.

Katanya, tiada sebab untuk ibu bapa membantah bayaran itu memandangkan ia sudah dibincang terlebih dulu sebelum penetapan yuran diputuskan PIBG.

“Saya menghadiri mesyuarat itu dan ia mengikut kata sepakat ibu bapa yang menghadiri mesyuarat berkenaan. Bagaimanapun tidak ramai ibu bapa yang hadir,” kataya.

“Yuran dewan yang ditetapkan itu bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar sekolah ini juga. Jika tiada bayaran ini, sukar untuk sekolah menguruskannya,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive