KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 17, 2008

KAUM INDIA MAHU SAMY PERGI

Penyokong Hindraf Halang Kenderaan Samy Vellu

BUTTERWORTH, 16 Feb (Bernama) -- Sekumpulan kira-kira 60 orang yang dipercayai penyokong Hindraf bertindak menghalang kenderaan yang dinaiki Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu keluar dari perkarangan sebuah sekolah di Perai selepas beliau selesai menghadiri satu majlis di situ malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kereta berkenaan terperangkap selama kira-kira 15 minit di perkarangan SJK (C) Chung Hwa 3 di Taman Kepar di sini setelah dikerumuni kumpulan berkenaan yang enggan membenarkan kereta itu bergerak.

Dalam nada marah, kumpulan itu yang berkumpul di perkarangan sekolah berkenaan sejak pukul 8 malam, bertindak kasar mengetuk cermin tingkap dan menepuk kereta Mercedes Benz yang dinaiki Menteri Kerja Raya itu serta memintanya keluar dari kenderaan itu untuk bertemu beliau.

Difahamkan, kumpulan itu datang menemui Samy Vellu bagi meminta bantuan beliau untuk mendapatkan pembebasan beberapa penyokong kumpulan itu yang ditahan kerana terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara pagi ini.

Melihatkan keadaan agak kecoh, polis terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan bagi membolehkan kereta Samy Vellu serta dua buah lagi kenderaan pengiringnya keluar dari sekolah itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Samy vellu menghadiri perjumpaan bersama rakyat di dewan sekolah itu yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat tersebut dan kumpulan berkenaan yang dipercayai dihalang daripada memasuki dewan itu bertindak menunggu beliau turun.

No2umnO - Kemarahan kaum India, sudah tidak boleh disorok sorok. Mereka mahu Samy Pergi. Seluruh rakyat India di Malaysia sudah berpatah arah. TIdak mahu BN lagi, tidak mahu Samy lagi. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Perhimpunan di KL, Kaum India di Pulau Pinang terasa. Apa lagi yang Samy Mahu? TUnggu orang ramai halau dia keluar?

Sebelum ini diberitakan, beberapa perhimpunan yang dihadhiri Samy Vellu di Lembah Kelang bertemu rakyat terpaksa di rahsiakan kehadirannya. Mereka yang datang di berikan sehingga RM300 seorang. Bila kaum India sudah berkumpul di dewan atau tempat perjumpaan, baru Samy muncul. Penganjur di marahi oleh tetamu. Ramai antara mereka berkata, kalau tahu Samy yang datang, mereka tidak akan hadir walaupun diberikan wang. Begitu lah sepakatnya kaum India.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive