KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 17, 2008

Dollah kata kerajaan tak bohong. Boleh caya ke?

PM: Kerajaan tidak bohong ekonomi negara semakin kukuh
Utusan Meloya

PULAU PINANG 17 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak membohongi rakyat apabila memperkatakan mengenai pembangunan ekonomi negara yang semakin kukuh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berdasarkan kepada statistik badan dunia dan disokong oleh pemimpin-pemimpin industri yang kagum dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, mengikut laporan itu, pencapaian ekonomi negara semakin meningkat dan berada di kedudukan keenam di belakang kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), China, United Kingdom, Jerman serta India.

Selain itu, katanya, mengikut perangkaan itu juga daripada segi kecekapan perniagaan, Malaysia berada di kedudukan nombor empat sementara untuk daya saing pula, negara ini berada dalam kedudukan nombor lapan.

``Ini bukan angka saya. (Bila) kerajaan cakap (orang) tak mahu percaya tapi bila orang lain cakap baru percaya. Kita (kerajaan) tidak menipu rakyat.

``Masa saya pergi Davos, ahli perniagaan luar negara bertemu saya dan berkata saya patut berasa gembira kerana ekonomi negara berada dalam keadaan baik, semua cakap macam itu dan kita tidak boleh menipu kerana mereka ini membaca semua (laporan),'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan mengenai ekonomi Malaysia oleh seorang peserta pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Dengan Masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina di sini hari ini.

No2umnO - Pertama.....jangan jadi bodoh, Abdullah badawi buat sementara ini bukan seorang PM. Dia serupa macam rakyat cuma beliau kaya kerana hasil usaha selama 4 tahun menjadi Perdana Menteri. Kedua ..... Rakyat tidak bodoh. Poket dan keadaan di bawah sini, terlalu sukar. Kalau kata ekonomi bagus, mungkin dia fikir tentang keadaan dia dan anak beranaknya tapi bukan rakyat. Ketiga ..... Kalau dolah boleh dolak dalik tentang banyak perkaya, maka boleh caya ke kalau dia kata ekonomi negara bagus.....Aku tak mahu percaya satu sen pun dengan Dollah Badawi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive