KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

Batal dakwat kuku: Bertenang dan tingkat usaha untuk menang

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil menyifatkan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini bukan sesuatu yang memeranjatkan, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa meminta ahli-ahli dan para penyokong parti-parti pembangkang terus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya.

"Bertenang dan tingkatkan tumpuan untuk mencapai kemenangan," kata beliau.

Ditanya mengenai tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencetak ribuan t-shirt Bersih dan dipercayai akan digunakan untuk mencetuskan huru-hara dalam pilihan raya ini, Husam tidak menolak kemungkinan berlakunya tindakan itu.

Beliau meminta semua ahli dan penyokong pembangkang berhati-hati dan jangan terpedaya dengan sebarang provokasi.


"Sebelum keputusan pilihan raya diumumkan, kita hanya mengambil bahagian dalam pilihan raya. Itu sahaja," tegas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu mendakwa, keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive