KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

Laporan tin arak di Baling usaha terdesak BN burukkan PAS

Laporan tin arak di Baling usaha terdesak BN burukkan PAS - Ustaz Taib
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 4 March (Hrkh) - Usaha BN memburuk-burukkan PAS dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam Buletin Utama (TV3) malam tadi sebenarnya mendedahkan bahawa sokongan pelbagai kaum ke atas PAS semakin meningkat.

Pendedahan itu sebenarnya hanya mengesahkan sokongan masyarakat Cina di Kuala Pegang, Baling, kepada PAS semakin meningkat, kata calon PAS Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Mohamad Taib.

ImageBeliau berkata, ini kerana BN sengaja memburuk-burukkan PAS setelah usaha memujuk kaum Cina menyokong BN gagal.

Malah dakwanya, pemimpin BN dihalau oleh kaum Cina daripada memasuki 'Pos PAS' yang yang didirikan di Taman Desa Permai, Kuala Pegang yang dikatakan terdapatnya botol arak di sana.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, pos tersebut yang didirikan masyarakat Cina di taman tersebut sebagai tanda sokongan kepada PAS.

Di taman tersebut katanya terdapat sebanyak 200 keluarga Cina.

"Saya tahu mengenai tin-tin arak itu, sama juga dengan babi, takkan saya hendak larang mereka (kaum Cina) makan," katanya.

Lagi pun katanya, pos itu hanya orang-orang Cina yang bekerja bagi membantu PAS dalam Pilihan Raya ke-12 ini.

"Baling 'Pos PAS' bukan saja didirikan oleh orang Cina tetapi Siam dan India pun ada," katanya.

Hakikatnya beliau berkata, kebangkitan dan penerimaan kepada PAS sudah menyeluruh kepada semua kaum dan agama.

Bahkan katanya, terdapat lebih 10 'Pos Pas' yang didirikan bagi kaum bukan Islam di Baling sempena kempen pilihan raya umum ini.

"Ini menunjukkan BN terdesak dan tidak ada cara lagi untuk mereka mendekatinya. Maka mereka mencari helah untuk menjauhkan orang Cina dengan PAS," katanya.

Bagaimanapun katanya, tipu helah BN tidak terjejas sedikit pun sokongan kepada PAS.

"Saya nampak di Baling ini orang mula sedar dan yakin dengan PAS dan peluangnya bertambah cerah," katanya.

Sementara itu seorang pengadu hari ini memberitahu Harakahdaily bahawa laporan yang dimuatkan TV3 dalam Buletin Utama malam tadi itu adalah satu lagi tindakan terdesak calon BN Baling, Dato' Azeez Abdul Rahman.

Markas itu disediakan PAS bagi kaum-kaum Cina dan bukan Islam yang menyokong PAS dan berkempen bagi pihak PAS, kata pengadu, Hafirun Nizam juga jentera PAS Parlimen Baling.

Katanya, ketika Calon BN Parlimen Baling, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahman dikatakan mahu memancing dan membeli undi masyarakat Cina di Kuala Pegang, masyarakat Cina telah menghalau calon BN itu.

Akibatnya, Azeez berang dan cuba membuat tuduhan yang sengaja berniat jahat terhadap PAS sedangkan, pos itu hanya dikhaskan untuk penyokong PAS di kalangan masyarakat Cina, katanya.

"Kita lihat sekali lagi media arus perdana digunakan untuk memburukkan pembangkang terutamanya PAS," katanya.

Beliau yang juga petugas PAS di Dun Kupang (Parlimen Baling) datang ke Harakah pagi tadi bagi menafikan laporan Azeez yang dimuatkan dalam TV3 malam tadi./wann.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive