KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

Proses pilihan raya diperkosa oleh SPR dan BN

Roslan SMS
Berikut adalah berita terkini dari laman NST Online:

Election Commission today scrapped the plan to use indelible ink in the general election this Saturday.
Terbuktilah bahawa pihak SPR kini bukan hanya kuda tunggangan tetapi perkakas BN yang boleh dilacurkan mudah-mudah demi mempertahankan kedudukan politik BN. Sebelum ini mereka juga yang kononnya tampil kehadapan mengumumkan yang PRU ke 12 ini akan merupakan PRU pertama dimana proses celup jari pengundi akan diperkenalkan. Kononnya ini akan menamatkan dkawaan pihak pembangkang bahawa terdapat kes pengundian berulang dalam pilihan raya di negera ini.

Tiba-tiba kini setelah membelanjakan RM1 juta wang rakyat untuk membawa masuk dakwat dari India, SPR sendiri mengumumkan yang proses ini tidak akan dilaksanakan.

Ini memberi keyakinan kepada kita bahawa proses pengundian berulang akan sekali lagi berlaku di Malasia. Siang tadi Sekretariat Media PAS Pusat telah mendedahkan tiga nama yang terdiri dari anggota tentera yang boleh mengundi dua kali kerana nama mereka muncul dua kali, satu sebagai pengundi pos dan kedua sebagai pengundi awam menggunakan kad pengenalan awam!

Dan belum pun sempat memberikan respon terhadap pendedahan itu kini SPR mengumumkan ditiadakan proses celup jari sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Kerana itulah parti-parti pembangkang bangkit dan menyatakan kebimbangan kami sebelum ini terhadap kepincangan dan ketempangan SPR yang mempersundalkan diri untuk kepentingan BN, hari ini sah mereka memang begitu.

Pengundian berulang, kemunculan pengundi hantu dan pengundi yang dirancang mengundi di luar negeri masing-masing adalah kerja-kerja jahat SPR dan BN untuk memperkosa dan membunuh demokrasi dalam negara kita. Kerana itu PAS memberi amaran yang jenteranya bersiap-siaga untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Rupa-rupanya BN memang tidak ada peluang di Kelantan dan BN cemas di Terengganu dan Kedah. Saya mendapat maklum dari seorang pegawai keselamatan melalui SMS baru 10 minit tadi bahawa BN akan hanya bertahan di kurang dari 15 kerusi di Kelantan. Memang kita yakin begitu dan malah di Pantai Barat termasuk Pulau Pinang dan Selangor harapan pembangkang cerah melainkan jembalang dan hantu yang dirancang ini berjaya meloloskan diri.

Ayuhlah kita bersiap sedia disamping tidak putus-putus mengadu kepada Allah swt memohon dan mengharapkan bantuan Nya.

TERKINI: Berikut adalah berita dari UTUSAN MELOYA

SPR batal guna dakwat pada kuku
Oleh Utusan
Selasa, 04 Mac 2008

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive