KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

Husin Salleh yang menurunkan bendera di Jabi jemput Tok Guru Ceramah

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/jabi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline

Jabi, 3 Mac – Salleh Husin yang menurunkan bendera besar UMNO dihadapan Pejabat UMNO DUN Jabi telah menjemput Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang, Prsiden Pas berceramah di ‘pos’ PAS yang baru dibukanya, setelah merobohkan pos UMNO

Beliau yang seorang kontraktor, masih merupakan ahli UMNO, yang memprotes pencalonan semula Cikgu Ramlan sebagai calon UMNO di DUN Jabi. Sejak Ramlan di sahkan untuk menjadi calon semula bagi DUN Jabi, beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk merobohkan dia buah ‘pos’ UMNO yang dibinanya berhampiran dewan Sivik Jabi.

Sumber Buletin Online memberitahu bahawa Salleh tidak puas hati dengan prestasi kerja Ramlan terutama dari segi ber’kecek kira’ terhadap penyokong-penyokong UMNO yang telah mengundi Ramlan pada pilihanraya yang lalu.

Selain dari mulut yang celupar Ramlah juga dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak mengenang budi.


Husin telah mengeluarkan perbelanjaannya dari duit poketnya sendiri. Selain dari mendirikan dan menghias pos, beliau juga telah menyembelih seekor lembu untuk jamuan orang ramai sempena kedatangan Tok Guru.

Orang lama PAS DUN Jabi, Tengku Nawawi Tengku Abd Kadir berkata kepada Buletin Online disini hari ini, salleh juga telah meminta maaf kepada beliau diatas keterlanjurannya ‘menumbuk’ Tengku Nawawi dalam peristiwa yang agak tegak disebuah masjid beberapa tahun lalu.

“Kini hatinya telah terbuka untuk berbaik dengan orang PAS dan menyokong PAS."

“Saya telah memafkan beliau dan berdoa supaya beliau diberikan hidayah untuk terus kekal perjuangkan Islam” kata Tengku Nawawi.

Pada PRU 11, tahun 2004, Salleh adalah orang yang paling kuat memusuhi PAS. Pada pilihanraya tersebut, Salleh sentiasa mengekori perayu undi muslimat PAS didalam program ziarah rumah ke rumah, dan bertindak naik kerumah penyokong UMNO yang dinaiki oleh muslimat PAS sebaik sahaj muslimat turun.

“Dia(Salleh) juga mengaku bahawa beliaulah yang membawa pengundi-pengundi hantu untuk keluar mengundi dari rumah-rumah penempatan didalam kampung” jelas Tengku Nawawi

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive