KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 11, 2008

Episod Tadika KEMAS bermula di Kedah

eddyra

Episod arahan mengosongkan Tabika KEMAS pun bermula, kali ini di Kedah sehari selepas PAS menerajui negeri itu. Benarkan ini yang didakwa pembangkang (BN) negeri itu? Aku copy news dari mainstream media. Err.. bebudak tadika kat Kedah sekolah ka tengah cuti minggu ni?

PAS arah tabika KEMAS dikosongkan

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkanserta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu. Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

“Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan.

“Di mana mereka hendak belajar jika bangunan ini diambil alih,” katanya yang enggan namanya disiarkan, semalam. Guru itu berkata, beliau mendapat tahu ada guru Tabika yang diarah keluar serta-merta dan pihak yang mengeluarkan arahan itu turutmengunci premis terbabit.

Beliau berkata, Pas sepatutnya bersikap tolak ansur dalam halini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda dan bilangan kanak-kanak yang terbabit agak ramai. Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus MatZain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

“Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadimangsa.

“Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin, Pas memenangi 16 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas. Barisan Nasional (BN) negeri pula meraih 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi keseluruhan.

Ada action, maka adalah reaction. Aku paste pula jawapan dari PAS Kedah, kasi fair.

Teruskan Tadika Kemas, kami pernah tidak arah tutup - MB Kedah

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

“Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas,” tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

1 comments:

Anonymous said...

Ape lagi.... Saman lah.. baru tahu sape betul. Jangan di diamkan. Biar jadi iktibar pade mereka yg suka berbohong!!

Posting terkini

Blog Archive