KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 11, 2008

Kejatuhan IKKL Yang Disengajakan?


tranungkite
Ini membolehkan Menteri Kewangan menjadikan alasan ini untuk menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia).

Dari maklumat yang saya terima, para pelabur runcit tiada masalah akan peralihan kuasa ini namun terdapat petunjuk bahawa kejatuhan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pelabur sindiket tempatan inilah yang menjadi punca kejatuhan lebih 100 mata hari ini dimana dari maklumat yang saya dapati adanya arahan dari Menteri Kewangan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.

Kita semua berhak mendapatkan penjelasan terperinci dari Bursa Malaysia Berhad atau Suruhanjaya Sekuriti mengenai perkara ini. Sila berikan maklumat pelabur mana yang lari dari pasaran (pelabur runcit ataupun pelabur sindiket). more...

1 comments:

Anonymous said...

Masih teralu awal untuk menunding jari kerana belum ada bukti yg kukuh.

Posting terkini

Blog Archive