KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

Umno-BN mula berkempen di UTM

Ali Bukhari Amir
harakahdaily

JOHOR BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Sikap pemimpin Umno–BN yang mengguna jentera parti melibatkan badan berkanun milik kerajaan makin menjadi-jadi dan hal ini mendapat perhatian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.

ImageDalam kes terbaru, segolongan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, melalui pemerhatian mereka kelmarin menyifatkan sebuah program anjuran bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin sebagai kempen anjuran Umno-BN.

"Ia kelihatan seolah-olah kempen Umno-BN, tapi kempen itu masuk ke universiti dalam bentuk acara keusahawanan kementerian di bawah Khaled Nordin.

Image"Kami anggap sedemikian kerana beberapa orang pemuda Umno-BN boleh masuk secara bermotorsikal mengiringi ketibaan bekas menteri tersebut," kata seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Shabab.

Menurut Shabab, hal kempen Umno-BN di UTM akhirnya dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM untuk diminta pendirian pimpinan universiti berhubung isu berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan program tersebut ada kaitan rapat dengan TNC HEP.

"Kami kirim pesanan ringkas SMS kepada TNC HEP dan jawapan beliau mengecewakan kami. Beliau mempunyai pandangan dan tanggapan negatif berhubung pembangkang.

Image"Kata TNC, acara itu tidak bermasalah kerana universiti memang hak milik BN. Tambah beliau menerusi SMS, jika pembangkang memerintah negara ini universiti kita akan jumud dan tidak berkembang," kata beliau.

Tambah Shabab, TNC menyifatkan universiti di Malaysia akan berubah seperti Afghanistan di mana puak-puak Taliban akan menguasai negara.

"Antara lain, katanya melalui kiriman SMS itu, universiti di Malaysia akan berubah seperti universiti pondok jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia," katanya.

Mengulas kejadian tersebut, Exco Pemuda PAS Negeri Johor Lujnah Perpaduan Nasional Nazman Ibrahim berkata, pihak kementerian dan pimpinan universiti perlu rasional dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.

"Mereka mesti dapat membezakan antara kerajaan dan parti. Paling mengejutkan, ialah sikap pimpinan universiti yang sanggup melabelkan universiti kita seperti Afghanistan yang melahirkan puak-puak Taliban dan universiti kita akan menjadi pondok.

"Ini dakwaan yang tidak berasas," kata Nazman kepada Harakahdaily kelmarin. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive