KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

DOLLAH TIDAK BANTU MELAYU PULAU PINANG

Penduduk kecewa, Abdullah gagal bantu Melayu Pulau Pinang
Mohd Sabri Said
harakahdaily

JELUTONG, 2 Mac (Hrkh) - Umno dipercayai menjadi dalang membuat laporan palsu sehingga hasrat penduduk Kampung Masjid, Jelutong untuk mengadakan piket secara aman setelah memorandum kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak diendahkan terpaksa dibatalkan kerana kedatangan 60 anggota polis, Pasukan Gerak Am (PGA) dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Timbalan Yang DiPertua PAS Jelutong, Yusuf Mohd Noor berkata, penduduk asal sudah kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Umno kerana tidak langsung prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat.

Ketua Penaja Umno Bahagian, Abdul Razak Abdul Rahman yang bertindak sebagai orang tengah antara penduduk dan pemaju dulu Concord Land Sdn Bhd dan pemaju terbaru Richmond Sapphire Sdn Bhd sampai sekarang gagal menyelesaikan masalah yang berlarutan selama 13 tahun.

"Penduduk nak buat piket kerana terlalu kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebab tidak menunjukan reaksi membantu Melayu di Pulau Pinang khususnya penduduk di Jelutong. Apa salahnya mereka menuntut hak bukan nak buat kacau, " ujarnya.

Menurutnya, pihak penduduk memberitahu mahu mengadakan piket ekoran terlalu marah pada kepimpinan Umno Bahagian dan Pengerusi Umno Negeri, Dato' Seri Abdullah yang hanya pandai berjanji tetapi tidak bijak mengotakannya.

Jelas Yusuf lagi, beliau percaya kedatangan ramai anggota keselamatan di Masjid Jelutong petang semalam merupakan provokasi Umno sendiri kononnya penduduk hendak keluar di jalanan berdemontrasi.

"Polis memberitahu, mereka mendapat maklumat penduduk mahu turun 300 sehingg 400 orang bersebelahan masjid Jelutong berdemontrasi tetapi bila datang hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan, " kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Masjid, Jamal Husain melahirkan kemarahan apabila mendapat tahu kedatangan polis begitu ramai sejak tengahari lagi.

Tambahnya, beliau hairan kenapa pihak polis sanggup menghalang cadangan penduduk mahu kemukakan tindakan dengan lebih agresif kerana selama ini pihak polis tidak pernah datang ramai mengawasi piket yang dibuat oleh pihak lain.

"Bila kita buat cara lembut mereka buat tak kisah tapi bila berhasrat laksanakan piket lekas-lekas depa hantar polis untuk menakutkan penduduk, " terangnya kecewa.

Terang Jamal, penduduk seramai 13 orang dijanjikan rumah tiga bilik sebagai ganti yang bernilai RM120 ribu dan sewa rumah tertunggak sebanyak RM700 sebulan.

Berbagai cara telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut dari mengutus surat pada Exco Perumahan Negeri, Dato' Amirrudin Dato' Haji Ahmad, Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga terbaru ke tangan Perdana Menteri sendiri selepas jamuan sempena Pelancaran Gabungan Serentak GABEM seluruh Malaysia di pekarangan kediaman Menteri Besar Kedah di Mentaloon pada 28 Oktober tahun lalu. - mks

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive