KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

RM14 juta wang rakyat untuk beli Kapal Layar

SEDC beli 10 kapal layar Monsoon Cup, guna RM14 juta duit rakyat
Awang Harun
.harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 2 Mac (Hrkh) - Penganjuran pertandingan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan satu lagi pembaziran wang rakyat oleh pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

PAS mendakwa setiap tahun dibelanjakan hampir RM300 juta bagi tujuan promosi serta penganjuran sukan air berprestij itu.

Calon PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) Terengganu banyak membazirkan wang rakyat.

Katanya, setiap tahun hampir RM300 juta dibelanjakan bagi tujuan penganjuran pertandingan Piala Monsun di Pulau Duyong tersebut.

"Harga sebuah kapal layar itu RM1.4 juta dan kerajaan negeri melalui SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) telah membeli 10 buah kapal layar dengan kos RM14 juta," jelasnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena PRU Ke-12, di Pengadang Baru, dekat sini, semalam.

Katanya, terdapat satu laporan majalah luar negara mendakwa wang sebanyak RM300 juta itu dibayar kepada Patrick Lim bagi tujuan promosi dan pertandingan tersebut.

Menurutnya, PAS memberi jaminan jika parti itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah semula Terengganu penganjuran kapal layar tersebut dibatalkan.

"Apa yang rakyat dapat dari perbelanjaan RM14 juta itu dan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau mengharapkan agar rakyat bersedia membuka minda serta membuat perubahan menyeluruh pada hari pengundian 8 Mac 2008 ini. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive