KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

MCA dedah syarikat bumiputera akan dapat RM50 bagi seekor babi

Roslansms
Babi yang sebenar?!

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng melaporkan bahawa kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Berikut kenyataan Dr Lee:

Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)

Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!

Rujuk berita berita BABI yang sensasi untuk hari ini
PENJELASAN TENTANG ISU BABI DI SEPANG
Umno Jangan Membabi Butakan Pemikiran Rakyat!
RAHSIA DISEBALIK ISU BABI


No2umnO - RM50.00 seekor, jumlah ekor babi yang ada 250,000 .... bermakna jumlah pendapatan RM12.5 juta (Kayo ese kayo).... Anak bini tak habis makan duit babi !!!

2 comments:

Anonymous said...

akhirnya ada juga yang tampil memberikan penjelasan....yang penting bukan orang pakatan BA.. yang benar tetap benar walau ramai yg pakat2 nak tegakkan benang basah... yang peliknya..napelah khir toyo asyik menipu saja tak habih2 menipu..sampai dah jadi kaki penipu...kaki belit dan macam2...

Unknown said...

Kesian juga dengan orang-orang UMNO ni, tak habis-habis telan duit haram. Tak cukup telan duit rakyat dah nak telan pula duit babi. Mampus esok jadi babilah agaknya.

Yang heran tu, orang inilah juga yang mengucap 2 kalimah syahadah, orang ini juga yang sembahyang 5 waktu (kalau cukuplaaa) orang ini juga yang berpuasa (kalau puasalaaa) dan mungkin orang ini juga dah pergi memunaikan haji. Tapi pelik yek, masih nak baham duit babi, dahlah hak rakyat pun nak ditibainya. Entahlah mungkin memang dunia dah nak berakhir.

Posting terkini

Blog Archive