KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

Berapa dapat BRO?

Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto
Utusanloya - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.
- baca selanjutnya di SINI....

3 comments:

Anonymous said...

Maka
selepas ini akan berlambaklah pengundi serata malaysia mempertikaikan Bn pula...

Saya pun nak repot ni sebab BN dan mungkir janji.

saya mengundi di rembau.

Anonymous said...

yg report ni bukan dri U.I.T.M...
tp dri U.T.A.N kott....

mcm org bangang je...

klo dia pangkah PR tuuu....
bleh la cte terpedaya....

ni......tangan pangkah umno....
mulot kate terpedaya....
kapla bpk ko. apa punye teruk IPT malaysia lahirkan graduan yg mcm niii......

hina siott....

Anonymous said...

patutlah buat report...rupanya penganggur...kut2 lepas ni umno ambik jadi sb ke,jadi tpm ke,,kesian budak sekor ni ,akal letak kat kepala lutut,macamana pun ni perangai kaki bodek,selama ni banyak kepincangan umno kenapa kau @cow tak report.umur 25 thn. banding dgn anak aku yg baru lepas spm cerdiknya anak aku berfikir..ba baru pegang kuasalah.tapi aku nak bagi nasihat kat umno lain kali jgn ambil penjilat,pembodek,pengampu dlm parti..rosak parti...

Posting terkini

Blog Archive