KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

Janganlah anggap wakil rakyat kita pun 'jahat' macam BN

detikdaily - Ahli-ahli majlis bandaraya dan majlis perbandaran masih belum dilantik di Selangor. Walau bagaimanapun adalah diberitakan pengumuman nama-nama ahli majlis akan dibuat pada minggu ketiga bulan Mei. Pengumuman ini ditunggu-tunggu kerana terdapat keputusan-keputusan yang tertangguh yang memerlukan tindakan segera.

Terdapat banyak cadangan tentang komposisi ahli-ahli majlis. Terdapat juga spekulasi-spekulasi.

Ada yang berkata ramai dari NGO akan dilantik. Perlantikan ahli politik akan dikurangkan. Wakil rakyat tidak akan dilantik menjadi wakil ahli majlis. Saya kurang bersetuju dengan pendapat yang terakhir.

Wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen atau ADUN, sepatutnya mengetahui akan perkembangan di kawasan beliau. Jika dia tidak menjadi ahli majlis, tentu sekali beliau tidak akan mendapat maklumat perkembangan terkini tentang kawasan yang beliau wakili.

Beliau boleh menghantar wakil ke mesyuarat ahli majlis tetapi keputusan telah dibuat apabila laporan diterima. Wakil rakyat tidak akan terlibat di dalam proses membuat keputusan.

Mungkin beliau boleh hadir sebagai pemerhati tetapi beliau masih tidak mempunyai hak untuk bersuara. Maka beliau tidak boleh bercakap untuk kepentingan pengundi-pengundi beliau.

Wakil-wakil rakyat juga mempunyai banyak maklumat tetapi ianya tidak dapat dimanfaatkan jika mereka tidak boleh menghadiri mesyuarat.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

1 comments:

Anonymous said...

tak pe......

secara tak langsung.....umno tengah belajar cm ner nak jd pembangkang.....

buat report tu.....report ni.....

tengah crik pblisty murah....tak ya bayor punyerr.....

pe pe pon....terus lah berjuang bakal pembangkang hoii...

hakhakhak

Posting terkini

Blog Archive