KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 4, 2008

Akuan berkanun pertama dibuat secara sukarela

malaysiakini | Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.

Awal hari ini, Balasubramaniam telah menarik balik akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata beliau membuat kenyataan tersebut secara paksa. Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan siapakah yang memaksanya menandatangani akuan bersumpah tersebut.

Ekoran itu, Balasubramaniam hari ini membuat akuan berkanun yang baru tanpa sebarang rujukan mengenai Najib.

Sebelum ini, Americk memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu mengenai tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut pagi tadi.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive