KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 4, 2008

Perang besar negara antara Najib dengan Anwar

msomelayu | .... Daripada mimik muka masing-masing yang terlekat di skrin tv semalam nampak mereka marah benar. Anwar marah dan berang dengan apa yang berlaku. Begitu juga Najib. Keduanya menganggap pendedahaan dan pengakuan itu sebagai untuk menjatuhkan imej masing-masing . Dan pendedahan itu adalah sebagai rekaan semata-mata. Keduanya berpegang kepada ayat dan bahasa yang sama.

Kalau reka, siapakah yang pandai mereka-reka 'fitnah' itu? Apakah Najib mereka cerita untuk memburukkan Anwar, atau Anwar mereka cerita untuk mencemarkan Najib? Begitukah?

Pokoknya peperangan mereka akan merebak dan boleh menghancurkan negara. Ini kerana keduanya bakal menjadi pemimpin negara. Orang yang diharap dan dipuja oleh rakyat (penyokong masing-masing) akan menerajui kepimpinan negara selepas ini. Dengan meletuskan peperangan membawa kepada pendedahan ini, keduanya sudah tidak ada kredibiliti dan berpotensi lagi.

Reputasi mereka juga buruk sekali di mata rakyat. Keduanya sudah cedera dan tempang. Sudah hampak dan busuk. Dalam soal ini Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat berpihak kepada sesiapa. Setakat ini PM itu berdiri di tengah-tengah. Walaupun apa yang berlaku menyesalkannya namun ia memberi sedikit keuntungan kepadanya. Secara diam Abdullah boleh tersenyum sendiri memerhatikan aksi perang kedua mereka.

Mendengar Anwar difitnah begitu rupa mejadikan Abdullah resah. Sekiranya beliau mempunyai hajat untuk membawa Anwar balik ke dalam Umno, perkembangan sekarang mematikan niat itu. Abdullah mengharapkan kepada Anwar untuk menjadi beteng sekiranya Naib merempuhnya!

Di pihak Najib pula, kalau sebelum ini beliau dikatakan bersiap sedia untuk melanggar Abdullah, namun dengan apa yang berlaku kini menyebabkan beliau terpaksa berfikir kembali. Beliau kena ralat semula dan menarik balik niat itu. Isu yang bergelumang ke atas dirinya kini tidak memungkinkan untuk beliau berhadapan dengan Abdullah.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Posting terkini

Blog Archive